Islah Al-Hukumah: Realiti masakini dan cabaran mendatang

إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَٰمُ ۗ وَمَا ٱخْتَلَفَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلْكِتَٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلْعِلْمُ بَغْيًۢا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِـَٔايَٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ
Maksudnya: “Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Tidaklah berselisih orang yang telah diberi kitab kecuali setelah mereka memperoleh ilmu, kerana kedengkian di antara mereka. Barangsiapa ingkar terhadap ayat-ayat Allah, maka sungguhnya, Allah sangat cepat perhitungan-Nya” Aali Imran: 19

Semua Nabi anut Islam.
Lahir kemudiannya fahaman sekularisme, pisahkan agama dan politik, ideologi jauh dari Islam.

Istilah ‘Deen’ tak mampu diterjemah ke bahasa lain.
Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi darinya, termasuk dalam undang-undang.

Allah janji dalam Quran beri kuasa kepada umat Islam.

Nabi tegakkan Islam. Inilah yg datang ke negara kita.

Penjajah datang, ubah.

Wajib islah/baiki dengan tafsirkan Islam secara benar dan menyeluruh.

Perlembagaan, jangan ikut tafsiran sekular.

Islam diberi kepada raja-raja dan pemerintah dahulu. Ada yang salah tafsir.

Tokoh undang-undang seperti Tun Salleh Abas dan lain-lain yang sebut Perkara 3 dalam perlembagaan sangat jelas, tak boleh diputar bahawa agama negara Malaysia adalah Islam.

Prof Ahmad Ibrahim dan lain-lain letak Islam dalam perlembagaan dengan betul.

Tak sebut Quran dan sunnah dalam Perlembagaan, tetapi Islam sebagai agama persekutuan sudah peruntukkan perkara ini.

Mengapa kuasa Islam yang cuba diganggu? Ada Perkara 3.1 beri kebebasan kepada agama lain juga.

Kewajipan kita pertahankan Islam. Jangan terpengaruh dengan bukan Islam, letak Islam sama taraf dengan agama lain.

Apatah lagi jika lebih rendah.

Fardu ain atas setiap mukallaf percaya ketinggian Islam atasi agama dan sistem yg lain.

Semua perkara yang bercanggah dengan hukum Allah adalah zalim, jahiliah.

Mungkar besar jika Islam tidak berkuasa dalam sebuah negara.

Antara kejayaan dakwah ialah kenyataan pemimpin negara yang menentang Islam kurang, reda.

Kalah, menurun dalam penguasaaan kerusi tetapi maju dalam dakwah.

PAS ditubuh untuk tunaikan tugas khair ummah.

Ulama mesti selesaikan perkara dasar, bukan fokus kepada perkara furu’, cabang sahaja.

Merdeka, tapi penjajah serah kuasa kepada orang yang teruskan agenda penjajah.

Islah hukumah- tggjwb amar makruf nahi mungkar.

Amaran keras jika tinggal amar makruf nahi mungkar.

PAS ajak perpaduan ummah, satukan kumpulan Islam yg berselerak.

Islam pernah pimpin dunia. Kita letak keyakinan kepada Allah yang tetap akan menangkan Islam.

Antara intipati ucapan Tan Sri TG Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam Liqa’ Fikri PAS Pusat

12 Jun 2022

Catatan selari:

Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu