Intipati Ucapan Penangguhan Presiden PAS Di Muktamar PAS Ke 61

Muktamar1Saya mencatat point-point penting dari ucapan penangguhan DSTG Presiden PAS di  Muktamar PAS ke 61 Sabtu 6 Jun 2015). Saya kongsikan buat anda yang tidak sempat mendengarnya:

(Gambar: Perwakilan PAS Kemaman bersama ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS di luar dewan muktamar)

Intipati Ucapan Penangguhan DSTG Presiden PAS dlm Muktamar Penuh PAS Ke 61:

1. Mula dgn.ayat:

“Adakah manusia menyangka mereka telah beriman sedangkan belum dtg lagi ujian kpd mereka?..

Ayat Quran.ini sebut bhw kita tetap diuji dlm perjuangan.

2. Ucapan Tkasih, puji kpd ajk lepas yg sedia berjuang bersama Dan tahniah kpd ajk baru, terima amanah.

3. Terimalah teguran dgn hati terbuka.

4. Kta adalah parti yg berasaskan aqidah, ada pendekatan bersifat bijaksana, selaras dgn nama Parti Islam Se Malaysia. Perjuangan kita tetap berkait dgn aqidah walaupun ada perubahan suasana, keadaan.

5. Kita hadapi msyrkt Islam yg terkesan dgn kejahilan dlm agama sendiri.

6. Tggjwb kita sgt besar utk pimpin mereka.

Kegagalan kita menempah suatu perkara yg besar iaitu Allah akan tukar org lain utk bawa Islam.

7. Islam adil utk semua, termasuk bukan Islam.

Ahli zimmah-hak, tggjwb dipikul bersama dgn org Islam.

8. Btk hubungan lain dgn bukan Islam:

Tahaluf siasi, dialog, berdamai,

9. PAS x khianati tahaluf, PAS beradab dlm tahaluf. Rakan kita menyentuh ttg aqidah, isu dalaman parti kita, ada yg curi ahli dll.

10. Rakan PR tak boleh sentuh teras aqidah perjuangan kita.

11. Isu pelaksanaan syariat diyakini oleh semua ajk pas, ahli PAS.

12. Tahun 1950an kita alami pertembungan fhmn agama.

Tahun 1960an timbul isu kafir mengkafir.

Tahun 1970 an, kita masuk kjaan. Kita dpt perkenalkan Islam secara praktikal.

Tahun 1990an kita maju ke depan.

13. Bila kita dicabar, mana draf undg2 syariat?

Kita kemukakan draf itu, diseminarkan, dilulus di DUN Kelantan.

Kita memulakan kuasa yg berkait dgn lesen.

Kita tunjukkan bukti kjaan bersih.

14. Mereka jadikan isu hudud utk menekan kita.

Kita buat urusan berkait pelaksanaan syariat secara beransur2.

15. Perbincangan: mana dulu akta 355 atau 70A?

16. Kali ini ada peluang laksana Islam bila umno/BN beri lampu hijau.

17. Kita beri taklimat kpd pimpinan PR. Bulan lepas dialog dgn Sinar. Bila dialog baru mereka tahu ttg hudud.

Di Singapura, dialog dibuat di Nanyang Univ.

18. Kita berlainan ideologi. Kita ada hak utk laksana Islam.

19. Kenapa kita yg jadi sasaran?

Allah ingatkan supaya kita tidak ikut hawanafsu.

20. Kita boleh bertemu umno. Nabi Musa pun boleh bertemu firaun.

21. Anggaplah pemilihan ini proses tarbiah ahli & pemimpin.  Cth kisah Nabi Yunus. Semua org perlu ditarbiah, termasuk oleh ahli.

Kisah Saad bin Ubadah, Khalid alWalid jadi pengajaran tarbiah dgn cara diambil tindakan disiplin atau turun pangkat. Namun Khalid alwalid tetap berjuang kerana Allah.

22. Dlm sejarah PAS, pelbagai pimpinan keluar parti tetapi Allah pelihara perjuangan parti.

23. Apa yg penting mesti berakhlak mulia.

24.Kemenangan dari Allah, mesti disertai aqidah, selain strategi.

25.Nabi beri cth terima pertolongan dari bukan Islam dlm.keadaan lemah.

Ketika di Mekah, Nabi tolak. Dlm.hijrah Nabi ambil bukan Islam tunjuk jln.

Dlm peristiwa Hunain, Nabi minta pertlgn bukan.Islam.

(Ertinya Nabi beri panduan kita berinteraksi dgn bukan Islam, masa bila minta tlg, masa bila tak)

26. Negara Arab berperang sesama sendiri. PAS wajib mainkan peranan. Jgn penyakit ini berjangkit kpd kita.

‘tidak ada org yg lebih baik dari mereka yg menyeru kpd Allah, dia beramal soleh, dia berkata: aku termasuk dlm.klgn org Islam…’

dan seterusnya dari ayat ini

27. Nabi tak balas kejahatan dgn kejahatan. Dlm sejarah Muhammad alfatih tak balas kejahatan juga.

Jadilah org yg memaafkan.

28. Kita sahut seruan Allah:

‘dan bersegeralah kpd pengampunan Tuhanmu, dan syurga yg lebarnya langit & bumi, disediakan utk org bertaqwa..’

29. Tok guru jual pantun kpd Md Sabu dgn makna supaya tak tinggal perjuangan Islam ini.

 

Catatan:

Ust Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek

TYDP PAS Kemaman

Ketua Ljnh Media Baharu

DUPNT

Sabtu 6 Jun 15

Kuala Sgor

6 ptg

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu