Intipati Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Peringkat Terengganu Oleh Timbalan Presiden PAS

munaqasyahBerikut adalah intipati ucapan Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim b. Tuan Man sempena munaqasyah ucapan dasar Presiden peringkat negeri Terengganu di Dewan Ustaz Awang Abu Bakar, Kompleks Tarbiah At-Taqwa (KOMTAQ),
Kuala Nerus yang sempat saya catatkan secara selari dengan ucapan tersebut. Saya kongsikan beberapa isi penting:

aali imran 179

   Maksudnya: “Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada seorang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) dari yang baik (beriman). Dan Allah tidak sekali-kali akan memperlihatkan kepada kamu perkara-perkara yang ghaib akan tetapi Allah memilih dari RasulNya sesiapa yang dikehendakiNya (untuk memperlihatkan kepadanya perkara-perkara yang ghaib). Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya; dan kamu beriman dan bertaqwa, maka kamu akan beroleh pahala yang besar.” Aali Imran:179

1. Ayat ini menjadi peringatan kepada pimpinan PAS agar sabar atas perjuangan, istiqamah atas jalan ini, samada menang atau syahid.

2. Gerakan Islam sentiasa dilihat, diperhati oleh musuh. 2 fasa serangan terhadap Islam-senjata konvensional, psikologi

3. Musuh serang gerakan Islam yang syumul

4. Musuh wujudkan kumpulan yang syadid (keras) dengan Islam, dibiaya oleh musuh.

5. Mereka cuba tunjukkan Islam dengan rupa ganas, sedangkan Islam ini mudah, ada ciri yang baik, imej yang baik

6. Bakal calon Presiden US menyebut apabila ditanya kenapa ISIS tidak serang Israel, kepentingan US, beliau sebut: ‘Anjing tidak akan gigit ekornya sendiri’ Ia menunjukkan kumpulan ini ada kaitan dgn US.

7. Di Malaysia, PAS tunjuk kebaikan Islam, kesyumulan Islam, tentu ia diperhati oleh musuh.

8. Kumpulan kedua, tasahul (bermudah2) dengan Islam. Mereka letak asas perjuangan dengan diukur perkara yangg diterima oleh masyarakat sekalipun bercanggah dengan asas perjuangan Islam.

9. Mereka lupa apa yang dilalui oleh PAS ini adalah proses menuju kemenangan.

10. Mereka hanya terbayang Putrajaya. Presiden PAS sebut: ‘ baru nampak bayang pulau, mereka dah terjun dari kapal’

11. Kapal kita semakin besar, kita terima semua orang. Nahkhoda kena ada seorang sahaja.

12. Kapal kita paling kuat bergelora, kenapa? Nabi sebut: ‘orang yang paling kuat ujian adalah para Nabi, kemudian mereka yang berikutnya..’

13. Syaitan tak ganggu orang yang sesat. Dia kacau orang kuat iman.

14. PAS punya prasarana dan persediaan untuk ganti Umno/BN sebagai kerajaan.

15. Proses penapisan ini sebagai sunnatullah.

16. Peristiwa perang Ahzab. Allah uji hingga iman bergoncang. Nabi kata ‘pertolongan Allah itu hampir’.

17. Contoh, di saat Nabi dituduh dengan pelbagai tuduhan, berbohong dan lain-lain, ketika itulah Nabi diangkat ke langit dalam peristiwa isra’ Mikraj.

18. Mula-mula Pasma, kemudian G18, lepas itu GHB, last Amanah. Amanah apa?

19. Tidak boleh ada 2 jemaah Islam dalam satu masa. Pecahkan gerakan Islam PAS adalah salah. Kenapa loncat dari PAS yang sudah baik kepada gerakan yang belum tentu masa depan dan organisasi serta halatujunya?

20. Kita muhasabah peringkat dalaman kalau ada kesilapan.

21. Mereka yang masuk dan terus dengan PAS adalah mereka yang yakin dengan Islam dan perjuangan Islam.

22. Saya yakin dengan bantuan Allah terhadap PAS ini, dengan syarat kita penuhi ciri-ciri kemenangan.

Dato Tuan Ibrahim terus dengan pembentangan kertas kerja 1:

1. Serangan terhadap PAS:
Enakmen jenayah syariah Kelantan yang dianggap antara punca putus hubungan dengan DAP:

~DAP lebih awal putus hubungan dengan Presiden, sebelumnya dengan PAS dan PKR di Sarawak.

~Kita berpegang laksana hudud sebagai sebahagian prinsip perjuangan.

~Kita ada banyak pilihan untuk laksana hukum Allah-akta 355 dan lain-lain.

2. Presiden dituduh mahu bersama Umno:
~Nak bersama Umno bukan mudah, ada proses dan prosedur.
~DAP serang Presiden. Adakah kita sanggup biarkan?
~pimpinan PAS seperti Tok Guru adalah orang yang tahu benar tentang siapa itu Umno.

3. Ada yang berkata: yang penting dapat Putrajaya dulu, hudud kemudian:
~Kita jujur dalam perjuangan.
~Kita sebut ini prinsip kita.

~Kita tahaluf dan kita beritahu rakan tahaluf.
~Kita akan kekal dengan prinsip Islam.

~Kita mahu Putrajaya tapi tentunya dengan Islam. Apa erti Putrajaya kalau tidak dapat tegakkan Islam?

~ Kelantan juga mesti dipertahankan kerana ia sangat penting.

4. Tok guru sokong Najib?

~Dr M semalam (Jumaat 21 Ogos 15) cadang bagaimana boleh jatuhkan Najib tanpa BN jatuh. Kita berjuang untuk jatuhkan BN, bukan hanya Najib.

~Mufti Perak kata jatuhkan kerajaan haram. Bagaimana dengan kerajaan Perak yang dijatuhkan sebelum ini?

~Kerajaan yang rompak kuasa kerajaan dari yang lain, dia juga akan dirompak.

5. Kita ambil perhatian tentang parti baru, tetapi bukan kerana mereka kuat.

6. Parti PAS ini sudah 63 tahun. Anak pokok dalam polibag nampak elok, bila tanam di ladang belum tentu boleh hidup. Banyak musuh, payah jaga.

7. Kita kena bina keyakinan rakyat bahawa PAS mampu mentadbir negara. Contoh Kelantan, rekod baik kerana tiada rasuah, kita pernah perintah Terengganu. Ia boleh jadi model.

8. Perkasakan organisasi.
Sepanjang laluan perjuangan, kita mampu buat pelbagai perkara- buka sekolah, pusat tarbiah, bantuan kebajikan dalam skala besar, aktiviti & program besar dan lain-lain.

9. Ada bukan Islam yang tidak setuju dengan tindakan DAP pecat ahli PAS di Pulau Pinang.

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek

Timbalan 1 Jabatan Perhubungan Awam, IT dan Media Baru Dewan Ulama PAS Pusat

Ketua Lajnah Media Baharu
Dewan Ulama PAS Terengganu

Sabtu 22 Ogos 15
11.40 pagi.

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu