Ijtimak Pilihanraya PAS Kemaman: Kami Bersedia Untuk PRU14

ijtimak pilihanraya PAS Kemaman1Kemaman, Sabtu 3 Sept 2016 -PAS Kemaman mengadakan Ijtimak Pilihanraya peringkat kawasan selepas program yang sama dibuat di peringkat negeri. Kami difahamkan PAS Kemaman adalah yang awal mengadakan program ini. Dato Haji Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat merasmikan Ijtimak ini. YB Ust Arifin Deraman selaku Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu turut hadir. Peserta meliputi kepimpinan PAS kawasan sehingga cawangan, termasuk Dewan, guru DAR, PASTI, pondok dan aktivis.

1) PAS Kawasan Kemaman akan bertanding di kerusi Parlimen P40 – Kemaman dalam PRU Ke-14 akan datang.
Yang DiPertua (YDP) Pas Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid berkata demikian dalam ucapan di Ijtima Pilihanraya PAS Kawasan Kemaman di Taman Islam, Kemaman hari ini.

Kerusi P40 – Kemaman ini adalah kerusi tradisi PAS dan berdasarkan senario politik semasa PAS Kemaman yakin akan mendapat mandat dari pengundi yang berjumlah lebih 100,000 pengundi di Kemaman ini’ ujarnya lagi.

Beliau berkata, Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Kemaman yang diketuai oleh YB Haji Hanafiah Mat sudah dalam persiapan terakhir menghadapi Pilihanraya Umum dan sebahagian besar Bilik Gerakan di Unit Peti Undi sudah beroperasi.
Ustaz Alias memaklumkan berdasarkan keputusan PRU Ke-13 P40 – Kemaman yang lepas undi yang diperolehi oleh calon Pakatan Rakyat dari PKR berkurang 7,000 lebih berbanding dengan jumlah undi PAS dari empat buah DUN.
Hampir 1,000 petugas Pilihanraya hadir di program yang mengumpulkan semua pimpinan, petugas dan pekerja parti hari ini.

2) Penyelewangan 1MDB RM2.6 Billion skandal terbesar dalam sejarah Malaysia – Dato Haji Mustafa Ali

Isu penyelewengan RM2.6 billion dari 1MDB merupakan satu sejarah terbesar di Malaysia yang melibatkan MO1 yang disiasat oleh Department Of Justice (DOJ) Amerika Syarikat. Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dato Haji Mustafa Ali memaklumkan demikian semasa menyampaikan ucaptama di Ijtima Pilihanraya PAS Kawasan Kemaman di Taman Islam Kemaman hari ini.

Isu 1MDB ini dibicarakan diseluruh ceruk pelusuk dunia dan amat memalukan negara kita Malaysia ini’, ujarnya lagi.
Dato Haji Mustafa mengucapkan tahniah kepada PAS Kawasan Kemaman dengan kehadiran petugas yang hampir 1,000 orang.

‘Saya nampak komitmen Ahli PAS Kemaman begitu tinggi dan tahniah saya ucapkan kerana menjadi PAS Kawasan yang pertama menjayakan ijtima ini dalam negeri Terengganu ini.
Beliau berjanji akan memberi pertimbangan yang sewajarnya dengan ucapan Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman iaitu PAS akan meletakkan calun untuk kerusi P40 – Parlimen Kemaman dalam PRU akan datang. Namun, keputusannya bukanlah dibuat oleh beliau seorang sahaja.
Turut memberi suntikan semangat kepada para petugas ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Ariffin Deraman.

3) PAS DUN Air Putih Ungguli 3 Anugerah sempena Ijtima Pilihanraya PAS Kawasan Kemaman

PAS DUN Air Putih berjaya memenangi beberapa anugerah di Ijtima Pilihanraya PAS Kawasan Kemaman yang diadakan di Taman Islam, Kemaman hari ini.

Pengarah PAS DUN Air Putih, Haji Abdul Razak Ibrahim berkata kemenangan ini hasil komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh semua pimpinan dan petugas parti samada di peringkat Majlis Tindakan DUN, Unit Peti Undi maupun Cawangan.
PAS DUN Air Putih memenangi Anugerah Peserta Teramai Ijtima Pilihanraya dan Pendaftaran Pemilih Teramai 2015 manakala Tempat Ke-3 untuk Bilik Gerakan Unit Peti Undi (UPU)Terbaik untuk UPU Binjai.
Anugerah Keahlian Teramai 2015 dimenangi oleh PAS DUN Chukai manakala PAS DUN Kemasik memenangi tempat pertama dan kedua untuk Bilik Gerakan UPU Terbaik iaitu Bilik Gerakan UPU Pekan Air Jernih, Kemasik dan Bilik Gerakan UPU Kampung Chabang, Kerteh.

Anugerah disampaikan oleh Ybhg Dato’ HJ Mustafa Ali Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Malaysia Sempena dengan Ijtima Pilihanraya ini juga hampir RM15 ribu berjaya dikumpul bagi Tabung Pilihanraya PAS peringkat Parlimen Kemaman.

4) 50 Wakil Dewan Dan Unit Peti Undi Terima Panji Praya

Seramai 50 peserta mewakili dewan – dewan dan Unit Peti Undi (UPU) menerima panji sebagai simbolik kepada gerak kerja Pilihanraya Umum Ke-14 dari Dato Haji Mustafa Ali, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat sempena Ijtima Pilihanraya PAS Kawasan Kemaman di Taman Islam Kemaman hari ini.

Jabatan Pilihanraya Dewan Ulama PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Haji Ali Mohd mendahului penerima diikuti oleh ir. Saiful Azmi Suhaili dari Dewan Pemuda Kawasan dan Rosuzah Mohd Jusoh mewakili Dewan Muslimat Kawasan.
Seramai 47 orang Pengarah atau Setiausaha Unit Peti Undi dalam Parlimen Kemaman turut menerima panji berkenaan dari Yang Berbahagia Dato Pengarah Pilihanraya.

Upacara penyerahan panji disempurnakan pula bacaan ikrar perjuangan diketuai oleh Ustaz Haji Hazri Jusoh selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan Kemaman. (sumber FB PAS Kemaman)

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu