Hari Keluarga PAS Kemaman Meriah Walaupun Simple

13hari keluarga PASBuat julung-julung kalinya, PAS Kemaman mengadakan Hari Keluarga bagi merapatkan silaturrahim antara AJK PAS Kemaman, staf pejabat, SU Kerja DUN, Dewan-dewan dan keluarga masing-masing.

Program bermula petang Khamis 24 Mac sehingga jam 11 pagi Jumaat bertempat di Lagoona Resort, Cherating. Program diisi dengan solat Maghrib berjemaah, kuliah Maghrib bersama perasmian oleh YDP PAS Kemaman Ustaz Alias Hamid, solat Isyak berjemaah, sesi taaruf keluarga dan BBQ.

Sebelah malamnya diisi dengan qiamullail, termasuk solat Subuh Jumaat yang dipimpin oleh ustaz Ali Muhammad, ketua Urusan Ulama PAS Kemaman. Kuliah subuh Jumaat disampaikan oleh Ustaz Nik Muhammad Nasri, TYDP PAS Kemaman yang juga merupakan Ketua Lajnah Tarbiah PAS Kemaman. Slot pagi Jumaat dipenuhi dengan indoor game untuk anak-anak dan keluarga.

Program sangat meriah walaupun aktiviti yang dijalankan sangat sederhana. Program tamat jam 11 pagi.

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu