Surah Yaasin menjadi surah yang seringkali dibaca khususnya oleh orang Melayu dalam pelbagai majlis-malam Jumaat, majlis perjumpaan mingguan muslimat, kenduri, acara rasmi sesuatu jabatan/syarikat, menunggu pesakit hampir mati dan di musim pilihanraya (yang berjuang tak ikut Islam pun baca Yaasin). Soalnya adakah anda ketahui dan fahami apa yang anda baca?

Membaca sahaja pun dah dapat pahala, tapi sepatutnya kalau dah bertahun baca Yaasin, upgrade lah sikit kefahaman dan kesedaran tu. Takkan baca sahaja tapi tak tahu langsung tentang apa yang dibaca. Justru, saya sediakan untuk anda tafsirnya yang boleh disemak di bahagian koleksi ceramah audio video. Manfaatkanlah teknologi untuk mendapat pahala, bukannya dosa.

(p/s:

1. fail bil 11 besar sikit, saya upload kemudian

2. kepada sahabat SAS84, terimalah kuliah ini dan lain-lain kuliah di website ini sebagai hadiah berharga buat anda semua.)

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu