Inilah audio kuliah kitab Kifayah Al-Muhtadi.
Inilah audio kuliah kitab Kifayah Al-Muhtadi.
Kitab Ihya i Ulumiddin ( Ihya-Menghidupkan, Ulum-pelbagai ilmu, adDin-Agama Islam) adalah antara karya hebat Imam al-Ghazali. Pro dan kontra tentang kandungan, termasuk hadith-hadith di dalamnya melahirkan banyak kitab syarahan, ta’liq dan takhrij hadith, komentar dan ringkasan darinya.
Alhamdulillah, saya dapat menyelesaikan pengajaran kitab Al-Muhazzab Min Ihya i Ulumiddin jilid 2 (Ringkasan Dari ‘Menghidupkan Ilmu-Ilmu Agama’) yang diusahakan oleh Sheikh Saleh Ahmad as-Shami (semenjak tahun 1911M).
Beliau membuat ‘pembersihan ‘ terhadap penulisan Imam al-Ghazali itu dengan memfokuskan kepada kandungan, ayat al-Quran, hadis dan penerangan yang dipersetujui oleh para ulama teramai. Akhirnya lahirlah ringkasan itu dalam 2 buah jilid. Setiap satu jilid dengan sekitar 500 mukasurat.
(Kuliah MP3 penuh di sini
Saya sempat mempelajari kitab AdDurruthamin fi Aqaid al-Mukminin (Mutiara Berharga Mengenai Aqidah Mukmin), karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fattani dari beberapa orang ustaz dan tok guru sekitar tahun 1980an, terutama selepas SPM dan menunggu keputusannya.