niknasri.com - Hidup Di Dunia Hanya Sekali, Jadikan ia Redha Ilahi
  • Home
  • Profil
    • Hubungi Ustaz
  • Isu Semasa
  • Kembara Ilmu
  • Koleksi Kuliah Audio MP3
  • Koleksi Khutbah
  • Galeri
Home
Profil
    Hubungi Ustaz
Isu Semasa
Kembara Ilmu
Koleksi Kuliah Audio MP3
Koleksi Khutbah
Galeri
niknasri.com - Hidup Di Dunia Hanya Sekali, Jadikan ia Redha Ilahi
  • Home
  • Profil
    • Hubungi Ustaz
  • Isu Semasa
  • Kembara Ilmu
  • Koleksi Kuliah Audio MP3
  • Koleksi Khutbah
  • Galeri
Kategori
Kembara Ilmu
Kembara Ilmu Koleksi Kuliah Audio MP3

Tuntutan 2 Kalimah Syahadah & Perkara Membatalkannya (tamat)

December 26, 2017 No Comments

ikrar 2 kalimah Syahadah(kemaskini) Mengucap 2 kalimah syahadah menjadikan seorang itu Islam. Ia diperlakukan sebagai seorang muslim. Hak-hak sebagai muslim dipelihara. Namun untuk menjadi mukmin muttaqin yang dapat menyelamatkan dirinya dari azab neraka dan menjadikannya sebagai khalifah Allah di bumi, maka hendaklah difahami benar-benar tuntutan dari 2 kalimah syahadah tersebut. Ia disebut haqqussyahadatain (Hak 2 kalimah syahadah). Selain itu, mesti dijaga dari perkara yang membatalkan 2 kalimah syahadah tersebut.

Kuliah Terbaharu (Perkara Batal 2 Kalimah Syahadah Dari Kitab KifayatulMuhtadi 26 Dis 17):

[download id=”2494″].

[download id=”2495″].

[download id=”2537″].

[download id=”2538″].

[download id=”2539″].

[download id=”2540″].

Tuntutan 2 Kalimah Syahadah (dari kitab Asas-Asas Aqidah):

[download id=”61″], [download id=”62″]
Teruskan membaca..
Masa membaca: 1 min
Share:
Penulis: Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Kembara Ilmu

Sauji Tolong Orang, Allah Gerakkan Hati Orang Lain Tolong Dia

January 24, 2017 No Comments
Bantu SaujiKg Temala, Pengkalan Berangan-21 Jan 17: PAS Kemaman membuat lawatan   ke rumah Sauji Rasid, Pengarah Unit Amal Negeri Terengganu yang rumahnya terbakar baru-baru ini.
PAS Kemaman memberi sumbangan tunai RM500 untuk keperluan harian saudara Sauji dan baki RM3900 digunakan untuk membayar upah tukang rumah yang diurus oleh JK Pembinaan Rumah di bawah Dewan Pemuda PAS Terengganu.
Gambar: Ustaz Nik Muhammad Nasri, Timbalan YDP mewakili PAS Kemaman menyerahkan sumbangan kepada Sauji.
Turut sama Ustaz Hazri Jusoh, Ketua Penerangan PAS Kemaman, Md Hafiz Adam, Setiausaha PAS Kemaman, Amri Mamat, Pengarah MTD Kemasik, Hj Wahab, PSU 1, Wan Razali dan Ustazah Mesilah.
Masa banjir besar di Kemaman, Sauji (Pengarah Unit Amal Terengganu) turun dengan bala tentera (unit amalnya) membantu. Bukan sahaja di Kemaman, bahkan di seluruh Terengganu dalam pelbagai aktiviti. Unit Amal dengan seragam merah memenuhi lapangan. Sumbangan unit amal dimaklumi semua pihak.
Bila musibah menimpanya kerana rumah yang diduduki terbakar, Allah menggerakkan hati org lain pula untuk membantunya. Dewan Pemuda PAS Terengganu menubuhkan JKuasa membina rumahnya. Bantuan datang mencurah.
Benar hadis Nabi: ‘Allah menolong hambaNya selama mana hambaNya menolong saudaranya’.
Barangan sudah cukup, namun upah tukang masih diperlukan. Silakan terus membantu saudara Sauji.
Teruskan membaca..
Masa membaca: 1 min
Share:
Penulis: Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Kembara Ilmu

Genap Setahun Pemergian Bapa

December 28, 2016 No Comments

Nik Malek Nik MudaMasa begitu cepat berlalu.

Seakan bapa masih berada di sisi ibu.

Walaupun kesihatannya agak mengganggu.

Namun, ibu terus mengurus bapa dengan kasih tanpa ragu.

 

Setahun pemergian bapa yang dikasihi.

Doaku, agar bapa terus dirahmati.

Di alam barzakh, hanya mereka yang sudah tiba benar-benar mengerti.

Hakikat iman, amal soleh dan juga bakti.

 

“Wahai Tuhan! Ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan rahmati mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidikku semenjak kecil”  

Teruskan membaca..
Masa membaca: 1 min
Share:
Penulis: Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Kembara Ilmu

Khatam Hadis Qudsi Di Malam Fenomena Supermoon

November 14, 2016 No Comments

khatam Hadis qudsiMalam ini (Isnin malam Selasa 14 Nov 2016) (insyaAllah) akan baca hadis ke 272 dari kitab Hadis Qudsi yang dikumpul oleh Sheikh Syed Ahmad Semait, Mufti Singapura. Kitab ini dijadikan teks kuliah Maghrib di Masjid Lama Bukit Kuang yang juga dikenali dengan Surau Hijau.

Kitab ini dibaca semenjak tahun 2006, ketika masjid masih dalam struktur asal kayu. Kemudian ditambah dengan binaan simen, dan batu-bata di bahagian belakang. Kuliah berpindah ke bahagian belakang. Kemudian kuliah berpindah balik ke bahagian hadapan masjid selepas bangunan baharu di bahagian hadapan siap. Kitab dibaca sebelum adanya bypass dan Jambatan Bukit Kuang yang tinggi itu. Alhamdulillah, kitab ini sudah ke penghujng. Secara kebetulan juga, malam ini dijangka fenomena supermoon, keadaan bulan yang sangat hampir dengan bumi.

Beruntunglah mereka yang Istiqamah dengan pengajian dan perjuangan.

Alhamdulillah, dan semua ini jika Allah izinkan dan mudahkan, dan segalanya dalam kekuasaan dan ketentuanNya.

Teruskan membaca..
Masa membaca: 1 min
Share:
Penulis: Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Page 3 of 14« First...«2345»10...Last »

Pos Mutakhir

Islah Al-Hukumah: Realiti masakini dan cabaran mendatang

June 16, 2022

Genap 11 Tahun Sheikh Dr Nuh Meninggal

December 18, 2021

Cetak Baru Kitab Ringkasan Berfaedah Menghuraikan Permata Tauhid

November 3, 2021

Nota Tatabahasa Arab (Nahu Dan Sorof-Pondok Tuan Hj Ali, Kg Siliau) PDF. Muatturun di sini.

October 2, 2021

Ciri-Ciri Istimewa Syariat Islam

June 27, 2021

June 19, 2021

Menghadapi fitnah medsos akhir zaman

June 8, 2021

Rujukan Ilmiah

Pautan Ilmu

Berita Arus Perdana
  • HarakahDaily
Ilmu & Iman
  • PAS

Tags

Agama Audio ghayah Ilmu jumaat Khutbah Kuliah LGBT matan Menteri nuzul quran Portal Program tafsir Terengganu

© 2020 niknasri.com // All rights reserved