“Ustaz, apa hukum lelaki yang menukar jantinanya kepada perempuan?” telefon seorang staf dikenali sebuah syarikat swasta. “Kenapa?” tanya saya. ” Si Y yang mati tu kawan saya ketika di UK. Saya sebilik dengannya. Nama sebenarnya Z bin A. Dia lelaki. Nak tukar jantina. Saya beritahu dia berdosa.” jawabnya lanjut. “Dia tu macamana?” tanya saya. “Dia lembutlah, tapi tak tahulah dia khunsa atau tidak” jawab beliau lagi.
Saya beritahunya bahawa perbahasan tentang khunsa yang punya dua alat ada dibahas di dalam kitab fiqh, tetapi kalau lelaki yang memang punya alat lelaki sahaja, cuma kecenderungan ingin menjadi wanita lalu menjalani pembedahan, itu yang menjadi isu.Ia berkait pula dengan haid dan nifas, perkahwinan dan lain-lain. Cuma sebenarnya bagi saya, bukan hanya setakat tukar jantina itu sahaja isunya. Ada isu yang lebih besar darinya.