Saya menghadiri Ijtimak Nuqaba Peringkat Kebangsaan Dewan Ulama PAS Pusat yang diadakan di Taman Melewar, Gombak pada hari Sabtu 10 Oktober 2015. Perasmian dan Ucaptama disampaikan oleh Dato Hj Husin Awang, Ahli Majlis Syura PAS, AJK DUPP, Ketua Lajnah Tarbiah DUPP dan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu. Saya membuat catatan selari ucapan tersebut. Saya kongsikan dengan saudara:
1. Semua pihak sepakat dan setuju tentang peranan tarbiah kerana tarbiahlah sebagai medium penting untuk memastikan kelangsungan jemaah.
2. Tarbiah membentuk sikap, akhlak pendokong, membina peribadi peminpin dan ahli. Semua sifat ini menjadi syarat untuk mendapat kemenangan dari Allah.
3. Dalam arus perjuangan yang kita lalui, dalam pasang surut perjuangan, Islam tetap terpelihara sebagai janji Allah. Kemenangan pasti dari Allah. Soalnya bila? Kita serah kepada Allah. Kita wajib percaya dengan janji Allah. Kita juga wajib percaya pertembungan antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur akan berterusan. Semua ini menuntut kita terus istiqamah supaya tetap atas dasar, prinsip dan perjuangan.
(gambar: bersama Ustaz Nazri Yusuf, sahabat lama sama-sama belajar di Pondok Tuan Hj Ali Hj Musa, Kg Siliau, NS)