niknasri.com - Hidup Di Dunia Hanya Sekali, Jadikan ia Redha Ilahi
  • Home
  • Profil
    • Hubungi Ustaz
  • Isu Semasa
  • Kembara Ilmu
  • Koleksi Kuliah Audio MP3
  • Koleksi Khutbah
  • Galeri
Home
Profil
    Hubungi Ustaz
Isu Semasa
Kembara Ilmu
Koleksi Kuliah Audio MP3
Koleksi Khutbah
Galeri
niknasri.com - Hidup Di Dunia Hanya Sekali, Jadikan ia Redha Ilahi
  • Home
  • Profil
    • Hubungi Ustaz
  • Isu Semasa
  • Kembara Ilmu
  • Koleksi Kuliah Audio MP3
  • Koleksi Khutbah
  • Galeri
Kategori
Isu Semasa
Featured Isu Semasa

Salam Maal Hijrah 1440H

September 12, 2018 No Comments

maal hijrah 1440H

Teruskan membaca..
Masa membaca: 1 min
Share:
Penulis: Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Isu Semasa

Kuliah Audio Tidak Dapat DiMuat Naik Sementara Waktu

August 7, 2018 No Comments

Kuliah-kuliah yang saya sampaikan dan biasanya saya upload dalam bahagian kuliah audio MP3 tidak dapat dibuat pada masa sekarang. Ada sedikit masalah teknikal. Kepada mereka yang biasa streaming atau download kuliah-kuliah ini diharap dapat bersabar.

Teruskan membaca..
Masa membaca: 1 min
Share:
Penulis: Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Isu Semasa

Tun, Quran Tanpa Sunnah Bukan Ajaran Islam Sebenar

July 21, 2018 No Comments
Tun (2)Saya memetik laporan akhbar Sinar Harian hari ini (21 Julai 2018) mengenai jaminan PM bahawa kerajaan laksana ajaran Islam sebenar. Antaranya beliau  dikatakan menyebut: “Itu kita akan cuba di Malaysia supaya kita kembali kepada al-Quran. Ada kelainan kadang-kadang antara al-Quran dan hadis, tapi lebih baik kita pegang kepada al-Quran kerana ia wahyu daripada ALLAH sedangkan hadis adalah sunnah Nabi. Kita boleh ikut, kalau tak ikut pun tidak mengapa,” katanya.
Hasrat kembali kepada ajaran Al-Quran patut disambut baik dan disokong sekiranya ia benar-benar selaras dengan tuntutan Islam. Ahli Parlimen PAS yang diwakili oleh Timbalan Presiden PAS berucap di Dewan Rakyat bahawa PAS akan sokong sekiranya kerajaan menurut Islam dan tetap akan melawan jika bercanggah dengan Islam.
Benar, Tun. Al-Quran tidak sama dengan Sunnah. Al-Quran ialah kalam Allah, mukjizat kepada Nabi Muhammad, disampaikan secara mutawatir, membacanya adalah ibadah.
Sunnah pula ialah segala sesuatu yang bersumber dari Nabi SAW dalam bentuk ucapan, perbuatan, penetapan, sifat tubuh serta akhlak yang dimaksudkan dengannya sebagai tasyri’ (pensyariatan) bagi umat. Menurut ulama usul fiqh, Sunnah ialah segala sesuatu yang bersumber dari Nabi SAW selain Quran, baik perbuatan, perkataan, penetapan yang baik untuk menjadi dalil hukum syarak.
Tun, tidak benar kata-kata: “Kita boleh ikut, kalau tak ikut pun tidak mengapa’ merujuk kepada Sunnah. Ini kerana Sunnah itu ada yang menjadi wajib, sunat, makruh dan hukum lain yang disebut hukum taklifi.
Teruskan membaca..
Masa membaca: 3 min
Share:
Penulis: Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Isu Semasa

‘Hifzuddin’ (Pelihara Agama): Takkan Menteri Agama Pun Pening

July 15, 2018 No Comments

maqasid syariahPERKATAAN ‘hifzuddin’ dalam bahasa Arab. Lihat sekali lalu pun, jelas ia istilah khusus yang berkait dengan Islam. Makna hifz- pelihara, ad-Din dengan ditambah alif lam di hadapan bererti agama yang merujuk khusus kepada Islam. Justeru, hifzuddin bererti pelihara agama Islam.

Islam mesti dipelihara kerana ia agama Allah, pemilik alam ini. Allah menyebut (maksudnya): “Sesungguhnya ad-din (yang sebenar) di sisi Allah ialah Islam.” (Aali Imran: 19)

“Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai deen (agama sebenar), maka tidak diterima daripadanya, sedangkan dia di akhirat, termasuk di kalangan orang yang rugi.” (Aali Imran: 85)

Ada banyak cara memelihara agama Islam.

Pertama, beramal dengannya. Paling kurang, secara peribadi. Nabi SAW menyebut dalam hadis, bermaksud: “Kamu adalah benteng kepada Islam. Jangan biarkan Islam diceroboh dari pihakmu.”

Kedua, berjihad untuk tegakkan Islam. Jihad banyak bentuk. Berada dalam kumpulan Islam yang jelas matlamat, tujuan, cara berjihadnya, termasuk melalui politik, adalah cara memelihara Islam.

Teruskan membaca..
Masa membaca: 2 min
Share:
Penulis: Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Page 3 of 32« First...«2345»102030...Last »

Pos Mutakhir

Sudah 10 Tahun Sheikh Dr Nuh Meninggal

September 1, 2020

Ulamak mesti pertahankan parti dan kerajaan

August 31, 2020

Fiqh Korban-Sempena Eid al-Adha (Audio):

July 15, 2020

Siri Kuliah kitab Nur Al-Misykat (Video) (Mulai 7 Jun 2020-

July 1, 2020

Terjemah Kitab Fiqh FathulMuin Dalam Tempoh PKP

May 29, 2020

‘Bila Aku Sakit, Dia (Allah) Yang Menyembuhkan’

May 16, 2020

Menelusuri Ayat al-Quran Tentang Puasa Ramadan

April 23, 2020

Rujukan Ilmiah

Pautan Ilmu

Berita Arus Perdana
  • HarakahDaily
Ilmu & Iman
  • PAS

Tags

Agama Audio ghayah Ilmu jumaat Khutbah Kuliah LGBT matan Menteri nuzul quran Portal Program tafsir Terengganu

© 2020 niknasri.com // All rights reserved