Catatan Misi Bantuan Banjir PAS Kemaman ke Kg Laloh, KKrai/Rantau Panjang 8 & 9 Jan 15

DSC_1009Saya membuat sedikit catatan dari misi di atas sebagai diari aktiviti sendiri dan PAS Kemaman. Silakan membacanya:

7 Jan 15 (Rabu): Solat hajat selepas Isyak di Masjid Solehin, Taman Permai Jaya selepas saya berkuliah Maghrib di situ, memohon kepada Allah agar diselamatkan dan diberkati misi ini.

(Gambar: di hadapan Masjid Maahad Ansari li Tahfiz al-Quran, Kg Laloh. Ketika banjir, air naik sehingga ke paras dada di tingkas atas masjid, sedangkan dalam keadaan biasa, paras air di bawah lembah sana)

8 Jan 15 (Khamis):

8 pagi: taklimat perjalanan oleh Hj Johan Ismail selaku ketua konvoi di Restoran Abu Nur, Kg Mak Cili. Saya membaca doa selamat.

8.30 pagi: konvoi bertolak dari pekarangan PASTI Kg Mak Cili

9 pagi: konvoi Kemasik dari Surau Feri bergabung dengan konvoi dari Cukai.

1 tghri: makan tengahari di Markas PAS Padang Landak, Jerteh.

taklimat di Restoran Abu Nur

(Gambar: taklimat awal di Restoran Abu Nur, Kg Mak Cili. Hj Johan sedang berucap)

4.15 ptg: tiba di Kuala Krai.

Kesan banjir besar masih kelihatan di sana-sini. Penduduk masih mengemas rumah dan premis yang berlumpur. Jalan yang rosak akibat banjir agak membahayakan kenderaan.

5 ptg: tiba di Kg Laloh, Manek Urai. Dari jalan mendaki ke arah Kg Laloh, dapat dilihat lumpur di semua tempat. Saya bertanya kepada satu keluarga di tepi masjid. Ketika banjir besar, keluarganya menumpang di tingkat atas masjid sekitar 5 hari. Bapa, datuknya beritahu paras air banjir besar yang pernah berlaku lama sebelum ini hanya nun di bawah lembah sana tapi kali ini melampaui paras kepala. Kg Laloh dikelilingi sungai. Tidak dapat dibayangkan bagaimana air naik sedemikian cepat dan sedemikian tinggi.

peti sejuk di atas bumbung5.30 ptg: Masjid Kg Laloh sedang dibersihkan dari lumpur. Di serambi masjid, pakaian terpakai berlambak.  Kawasan sekeliling masjid penuh sesak dengan kenderaan luar. Pelbagai agensi ada.

Rombongan PAS Kemaman ke Maahad Ansari li tahfiz AlQuran di lembah sana. Jalan sangat berlumpur.

(Gambar: Peti sejuk di atas bumbung)

Seorang makcik di kawasan luar tahfiz beritahu peti aisnya yang masih tersangkut di rabung atap. Bantal berada di siling. Di sana-sini dipenuhi lumpur. Hanya ruang tamu dapat dicuci untuk tinggal sementara waktu. Air masih tiada.

Maahad Tahfiz juga tanpa air dan elektrik. Kami menurunkan barangan dari 10 buah lori di sini sebagai pusat pengumpulan barangan untuk DUN Manek Urai.

ustaz Shukizan terima sumbanganUrusan menurunkan pelbagai barangan itu berjalan sehingga malam dalam keadaan gelap tanpa elektrik. Mujur ada gen set untuk elektrik di masjid tahfiz. Air paip tiada, Kami guna air mineral untuk berwuduk dan buang air.

(Gambar: Ustaz Shukizan terima sumbangan wang zakat untuk guru dan pelajar Tahfiz)

Mendengar cerita air naik dari mulut Ustaz Shukizan, tenaga pengajar di situ, saya hanya mampu menggelengkan  kepala. Beliau menunjukkan kepada saya rakaman air yang naik di maahad tersebut. (kalau ada videonya nanti saya kongsikan) Air sampai ke paras tingkat 2 masjid tahfiz. Siling kapur ruang bawah masjid runtuh, kipas rosak. Lantai masjid tingkat atas dipenuhi lumpur.

Kami bermalam dalam masjid yang telah dibersihkan oleh unit amal dari Kedah yang datang hampir seminggu sebelum itu, lampu dengan bantuan gen set.

11 malam: bertemu dengan YB Ust Abd Latif, YDP PAS Kuala Krai (sahabat lama di Jordan)

9 Jan 15 (Jumaat):

9 pagi: DUN Cukai menyediakan dapur rakyat dengan 3000 bekas makanan kepada penduduk terjejas banjir.

Beberapa pimpinan PAS Kemaman melawat beberapa buah rumah penduduk sekitar menyampaikan bantuan. YB Cukai & beberapa kumpulan petugas tinggal di maahad tahfiz menyiapkan makanan untuk penduduk. Makanan diagih di Kg Laloh & Kg Manjor jam 12 tghri.

Ust Alias, Ust Nik, Dr Abd Basit10 pagi: Kumpulan lain berangkat ke Pondok Kg Sg Durian menyampaikan sumbangan makanan dan wang kepada Dr Abd Basit. Kelihatan pondok-pondok pelajar yang berganjak dari tapak asal akibat banjir. Banyak juga yang rosak.

(Gambar: Menyampaikan sumbangan kepada Dr Abdul Basit untuk Pondok Kg Sg Durian)

 

Rombongan kami bertolak ke Rantau Panjang.

2.30 ptg: Kami bertemu YB Ustazah Siti Zailah di Markas PAS Rantau Panjang. Dalam ucapannya, beliau ceritakan kronologi berlakunya gelombang banjir di Rantau Panjang.

 

PAS Kemaman menyumbang sejumlah wang kepada YB Zailah untuk pengurusan dan mangsa banjir. Dewan Muslimat PAS Kemaman dan orang perseorangan dari kalangan peserta konvoi turut menyumbang.

hantar sumbangan Rantau PanjangKami kemudiannya  menurunkan barangan di Maahad Tahfiz DarulRiyadh sebagai tempat pengumpulan barangan untuk Rantau Panjang.

(Gambar: menurunkan barangan di Maahad Tahfiz DarulRiyadh)

6.30 ptg: konvoi pulang ke Kemaman. Tiba di Kemaman jam 2 pagi, agak lama di kedai makan di Setiu dengan bilangan lebih 50 ahli konvoi. Alhamdulillah perjalanan pergi balik selamat.

 

Catatan;

Ust Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek

Timb YDP PAS Kemaman

Jumaat 9 Jan 15

11.30 mlm

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu