Budaya Politik Matang Dan Sejahtera PAS Ikut Quran Dan Sunnah

Dr Khairudin dan Ustaz Nik NasriIntipati ucapan perasmian Mesyuarat Agung PAS Kemaman kali ke 56 oleh YB Dato Dr Khairudin Aman Razali

1. Ayat Quran mengenai Nabi Ibrahim yang diuji dengan beberapa kalimah iaitu perintah dan larangan. Nabi Ibrahim berjaya dalam ujian dari Allah itu.

Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang yang zalim.”
Al-Baqarah: 124

2. Allah beri nikmat kepada kita berada dalam jemaah dan perjuangan. Justeru, jangan lupa doa pohon supaya tidak tergelincir dari perjuangan.
Mereka yang tergelincir bukan calang-calang orang, pernah pegang jawatan penting dalam jemaah. Isunya bukan tarbiah tetapi soal hati yang duduk dalam genggaman Allah.

Sentiasalah kita berdoa:

‘Wahai tuhan yang membalkkan hati. Tetapkanlah hati kami di atas agamaMu dan taatkanMu’

3. Di awal ceramah tadi, saya sebut tentang Allah uji Nabi ibrahim beberapa kalimah iatu perintah dan larangan. Bila Nabi Ibrahim berjaya lalui ujian itu, Allah kurniakan jadi imam iaitu pemimpin. Imam berada di hadapan, diikuti. Imam baik, ia diikuti oleh orang lain.

4. Bani Israel ada yang jadi pemimpin, dapat hidayah, berdasarkan petunjuk Allah.

5. Konsep kepimpinan berdasarkan taat Allah. Nabi Ibrahim berlepas diri dari sembahan berhala, ia diikuti. Ini aqidah. Bahkan dalam perkara sunnah fitrah seperti potong kuku dan lain-lain.

6. PAS berpolitik sudah begitu lama, penuh pengalaman pahit manis, memerintah dan menjadi pembangkang. Dari segi dasar matlamat, ia sebagai teori, kemudiannya berjuang secara praktis.

7. PAS dijadikan bahan kajian ilmiah IPT. PAS bekalkan tenaga manusia dalam pelbagai bidang dalam semua sektor kerajaan dan swasta.

8. PAS yang matang ini sepatutnya menjadi imam, memimpin masyarakat dalam politik dan berpolitik dan lain-lain.
Budaya Politik Matang Sejahtera BPMS merujuk kepada Quran, Hadis. Ia
politik nasihat.

9. PAS dicop sebagai pembangkang, kena buang stigma ini.
Politik nasihat bukan baru, ada dalam Quran, Hadis. Agama itu nasihat. Nasihat iaitu berlembut pada tempat lembut, bertegas pada tempat tegas.

10. PAS menjadi penasihat kepada penguasa, rakyat, mengajak kembali kepada Allah.

11. Peranan nasihat ini berlaku dalam pelbagai aspek dan ruang, dalam parlimen dan luar parlimen.

12. Kita beritahu tentang konsep percukaian menurut Islam.
Parti lain bincang 1MDB misalnya dari sudut tertentu. Kita bincang dari sudut dasar yang salah yang melahirkan 1MDB, operasi dan sistem yang bercanggah dengan syarak, bukan sahaja tentang kebocoran dan salahlaku.

13. Deklarasi rakyat yang mahu turunkan Najib hanya sebahagian dari isu sebenar sedangkan dasar masih kekal. Dr M ketika jadi PM pernah berhutang dan bila Dr M tinggalkan kerusi PM, hutang Malaysia. RM188 bil dan apabila Pak Lah tinggal kerusi PM, juga tinggalkan hutang negara yang lebih banyak.

14. Kita bukan nak buang kepala keretapi sahaja, bahkan gerabak dan rel juga.

15. DSTG Presiden bawa politik memimpin, matang dan bawa imej positif.

16. Imej umno rosak, alami krisis leyakinan teruk. Kita kena bina keyakinan di kalangan rakyat bahawa PAS mampu ganti umno.

17. Strategi lama dan sama, harap hasil yang berbeza, ini salah. Kita kena cari strategi baharu untuk dapat hasil berbeza.

18. Saranan 7 perkara:
i. ahli PAS mesti menjadi pemimpin masyarakat setempat
ii. ahli PAS masuk ke kubu umno
iii. ahli PAS masuk masjid, surau yang dikuasai umno
iv. pemimpin PAS dekati veteran umno
v. hulurkan kebajikan kepada semua termasuk ahli umno
vi. ahli PAS buat engagement dengan pegawai kerajaan
vii Jangan serang peribadi orang umno tetapi terang tentang rosak dan salahnya dasar umno

19. Kita istiqamah dengan Islam dan perjuangan, ajak manusia ke jalan Allah, beramal soleh. Perkara baik dan jahat tak sama. Tolak perkara jahat dengan sifat sopan santun. Kejahilan dan kebodohan ditolak dengan cara baik. Inilah budaya yang diajar oleh Quran.

20. Kita nak perintah Terengganu. Kita perlu undi lain dari undi tegar PAS, termasuk undi orang umno

Catatan:
Ustaz Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek
Timb YDP PAS Kemaman
Dewan Mujamma’ Taman Islam Kemaman
Sabtu 23 Apr 16
12.18 tengahari

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu