Anak Muda Penuhi Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran Urusan Ulama PAS Kemaman

kursus jenazah2Sabtu 24 Okt 15-Kursus pengurusan jenazah anjuran Urusan Ulama PAS Kemaman sempena Sambutan 55 Tahun PAS Kemaman diadakan pada hari ini di Surau Kampung Jaya, Chukai, Kemaman. Ia disampaikan oleh Ustaz Nik Muhammad Nasri, TYDP PAS Kemaman secara teori, kemudian diikuti oleh ‘Pak Zali’, AJK Urusan Ulama PAS Kemaman yang juga berpengalaman sangat lama dalam menguruskan jenazah secara praktikal, terutamanya menyediakan kain kafan, memandikan mayat dan mengkafankan jenazah.

Program setengah hari itu dihadiri oleh 78 orang peserta, majoritinya anak muda 20 tahun ke atas yang kelihatan sangat berminat mendengar penerangan berkaitan pengurusan jenazah dan menimba pengalaman dari ‘Pak Zali’ yang sangat berpengalaman itu.

Mudah-mudahan program ini dapat melahirkan muka-muka baharu dari kalangan anak muda yang menjadi pelapis bagi menguruskan jenazah sebagai tuntutan fardhu kifayah dalam masyarakat.

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu