Profil
Nama: Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek bin Nik Muda bin Nik Su bin Nik Mat bin Wan Hitam bin Wan Ngah bin Wan Abdul Rahman bin Wan Musa bin Wan Sulaiman bin Tun Seri Salwa (Tok Bukit) bin Wan Ismail (Datu)
Tarikh Lahir: 18 Feb 1967
Pendidikan:
1974-79: Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu
1980-84: Sekolah Alam Shah, Ceras, Kuala Lumpur
1985-87: Matrikulasi Sains UKM, Sekolah Menengah Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
1987-88: Fakulti Sains Fizis Gunaan, UKM, Bangi (berhenti)
1988-1989: Pondok Tuan Hj Ali Hj Musa, Kg Siliau, Rantau, N. Sembilan
1989-1991: Pondok Ustaz Abd Latif, Pengkalan Hulu, Perak
1991-1992: Pondok Kerandang (Tuan Guru Hj Najmuddin), Pondok Paku, Kerandang, Besut
1992-96: Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan (BA Syariah)
1996-99: Universiti Al-Al-Bayt, Mafraq, Jordan (MA Syariah)
2008: Diploma Lanjutan Pentadbiran Kehakiman Islam, UIA
Kerjaya:
2000: Pensyarah Pengajian Islam, Terengganu Advanced Technical Institute (TATI), Kemaman, Terengganu
2005-Dis 2008: dipinjamkan ke Bahagian Hal Ehwal Akademik TATI sebagai eksekutif.
31 Dis 2008: “berhenti” TATI
Jan 2009-2018 penceramah bebas
2018-Pegawai Khas (Agama) Pejabat MB Tganu
Lantikan:
20 Sept 18 (10 Muharram 1440 H) lapor diri di SUK dan pjbt MB.
Ahli Lembaga Pengarah TATIUC
“Penceramah bebas, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek yang dilantik sebagai Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sejak September lalu mengakui tugasnya tidaklah terlalu besar tetapi diperlukan dalam pentadbiran negeri ini.
Katanya, antara tugas sebagai Pegawai Khas Agama termasuk membuat kajian terhadap apa yang diperlukan oleh Menteri Besar khususnya berkait dengan bidang agama.
“Di peringkat kerajaan negeri, alhamdulillah negeri Terengganu mempunyai seorang Menteri Besar yang sangat faham tentang agama, malah di kalangan exco juga ramai yang mempunyai latar belakang agama.
“Justeru, tidak menjadi masalah berkait hukum hakam, halal haram dan pandangan dari sudut agama yang boleh diberikan oleh pihak exco kepada Menteri Besar dan ianya turut meringankan tugas saya,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas mengenai pelantikan beliau sebagai Pegawai Khas Agama Menteri Besar ketika ditemui di Wisma Darul Iman, hari ini.
Katanya, seluruh rakyat diharap dapat memberi kerjasama yang baik kepada Menteri Besar untuk menguruskan negeri ini dengan sebaik mungkin sekali gus dapat merealisasikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. “