Lebih 5 Tahun Portal Ini Dgn Lebih 1000 Kuliah MP3

addin-annasihahHari ini 1 Sept 2014. Pada 19 Jun 2014 yang lepas genap 5 tahun Masihi usia portal ini semenjak artikel pertama dikirim pada 19.6.2009. Sehingga artikel ringkas ini ditulis, sudah lebih seribu artikel ditulis melengkapi tazkirah (berdasarkan topik semasa), komentar politik dalam dan luarnegeri, siri kembara ilmu yang menjangkau lebih 20 siri (fokus kepada pencarian ilmu saya semenjak awal termasuk pengajian tradisional pondok di dalam negeri, pengajian moden agama di Jordan), topik umum dan di bawah perkara Dewan Ulama dan yang berkaitan dengannya.

Bahagian audio pula meliputi kuliah, ceramah, tazkirah, khutbah dalam bidang tafsir, hadis, tauhid, fiqh, tasauf dan ilmu Islam lain menjangkau lebih seribu siri yang diupload dari semasa ke semasa berdasarkan kitab dan pengajaran yang saya sampaikan. Ada kitab yang sudah khatam bacaannya, sedang dibaca, hampir tamat serta yang baharu dibaca.

Alhamdulillah, segala ini datangnya dari limpah kurnia Allah.  Mudah-mudahan ia menjadi sebahagian dari amal soleh yang berterusan pahalanya. Moga Allah menjadikan keikhlasan dalam diri sebagai asas amalan ini supaya akhirnya masa yang telah diberi dan diperuntukkan buat menulis dan mengupload artikel dan kuliah audio ini tidak sesia di hadapanNya nanti, in sya Allah.

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu