Saya harap artikel ini tidak ada maksud melainkan sebagai iktibar dan peringatan kepada kita bersama.

albaqarah154Kes pertama: Di awal Ramadhan, ketika dalam rukuk dan sujud di waktu dinihari, terfikir tentang mereka yang berjuang di Syria, juga mereka yang berjuang di seluruh dunia berusaha menegakkan keadilan yang berpaksikan Islam. Bangun dari sujud untuk rakaat kedua, kebetulan ayat pertama yang dibaca selepas Fatihah ialah ayat 154: al-Baqarah “Jangan kamu kata kepada mereka yang dibunuh di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka hidup dan mendapat rezeki dari sisi Tuhan mereka.”

Kes kedua: Tazkirah Terawih disampaikan selepas 4 rakaat sunat Terawih dibuat. Saya ingatkan diri dan hadirin antaranya supaya sama-sama berlumba mencari dan berbuat pelbagai kebajikan di dalam Ramadhan ini. ‘Fastabiqulkhairat’. Terawih disambung. Antara ayat yang dibaca pada rakaat kelima itu secara kebetulannya ialah ayat yang ke 48 surah al-Maidah. Di dalam ayat yang sedikit panjang itu terkandung ayat ‘Fastabiqulkhairat’.

[download id=”969″]

al an'am 44Kes ketiga: Dalam tazkirah Terawih di surau lain pula, saya menyebutkan tentang nikmat lapang, senang, mewah, sihat yang diberi oleh Allah kepada kita. Manfaatkan semua nikmat itu untuk Islam. Kebetulan juga apabila membaca surah selepas Fatihah ialah ayat 44 surah al-An’am yang menyebutkan perihal kesenangan yang diberi oleh Allah tetapi nikmat itu dilupakan lalu Allah menimpakan azabNya secara tiba-tiba ‘Baghtatan’.

Al A'raf 27Kes keempat: Dalam doa selepas solat Subuh dibacakan doa memohon agar Allah lindungkan dari gangguan syaitan. Dalam doa itu disebut ‘Mereka melihat manusia dari tempat yang tidak dilihat oleh manusia’. Waktu pagi ketika menunggu dalam kereta, membaca al-Quran dan tiba-tiba sampai kepada ayat 27 surah Al-A’raf yang menceritakan syaitan yang cuba menggoda Adam dan Hawa. Dalam ayat itu terkandung makna yang sama dengan doa ‘Mereka melihat kamu dalam keadaan kamu tidak dapat melihat mereka.’

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu