Hari ini 23 April diwartakan sebagai Hari Buku Sedunia setiap tahun oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertujuan untuk meningkatkan minat masyarakat dunia terhadap budaya membaca dan mencintai buku. Buku terbaik yang tiada tandingan bagi umat Islam ialah al-Quran. Ia diturunkan pada bulan Ramadan. Ramadan sedang menjenguk. Justeru, ambillah peluang sempena Ramadan ini membaca, memahami, mentadabbbur, mengkhatam dan mengamalkan ayat serta kandungan al-Quran, buku agung dari langit ini.

Buku bukanlah asing bagi semua orang. Sedari kecil diajar membaca menggunakan buku. Namun, tidak semua orang yang minat dengan buku dan menjadi ‘ulat buku’. Alhamdulillah, buku di dalam gambar di artikel ini ialah sebahagian hasil selama beberapa tahun pengajian- di tiga buah pondok di Malaysia dan di Jordan. Untuk menadah mengaji dengan tuanguru di pondok, kitab kena beli. Kitab/buku itu ada yang nipis, ada yang tebal, ada yang sebuah, ada yang berjilid. Di Jordan, banyak juga duit dilaburkan untuk membeli buku.

Pulang dari Jordan, hanya sebahagian kecil dari buku tersebut yang digunakan untuk mengajar di pelbagai masjid, surau, pejabat, agensi. Yang lain samada menjadi rujukan atau hiasan (muka masam). Walaupun sebahagian, tetapi hasil pengajaran yang dirakam dalam bentuk MP3 sudah menjangkau melebih 6 ribu siri.

Buku yang ada untuk dipelajari. Ilmu dari buku untuk difahami. Harapnya anak-anaklah yang mewarisi buku yang banyak ini, walapun Nazrey kata: ‘Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa…’

Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu