‘1 PAS Kawasan 1 Rumah Rakyat Hanyut’

23 jln menuju maahad ansariSaya mencadangkan PAS Kawasan di seluruh Semenanjung (kecuali Kelantan) menyediakan minima sebuah rumah bagi satu kawasan, untuk meringankan beban rakyat yang kehilangan rumah di Kelantan akibat banjir tempohari.

Ini dapat meringankan beban kerajaan Kelantan dan rakyat itu sendiri. Ia menjadi tanda solidariti PAS secara umum dengan derita rakyat Kelantan yang hilang rumah akibat banjir. Ia juga menggambarkan konsep berjemaah dalam PAS itu sendiri. Kos sebuah rumah tidaklah besar sangat, mampu diusahakan oleh PAS Kawasan seluruh negara.
Rakyat Malaysia telah berpusu-pusu ke Kelantan bagi meringankan bebanan penduduk akibat banjir. Program ‘1 PAS Kawasan 1 Rumah Rakyat Hanyut’ adalah program kebajikan yang menjadi sebahagian dari perjuangan PAS itu sendiri.
‘Mohon mencadang’
Share:
Written by Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu