Hubungi Ustaz

Ustaz Nik NasriUntuk menghubungi ustaz dengan sebarang pertanyaan dan persoalan -

sila emel ke niknasrimalek@gmail.com

Terima kasih.

Komen (179)

  1. Muqmin says:

    Assalamualaikum ustaz..

    sy ingin bertanya adakah boleh anak luar nikah di bin atau bintikan dengan nama bapanya?

    terima kasih

  2. Ustaz Nik Nasri says:

    waalaikumussalam, tak boleh

  3. hamba allah says:

    assalamualaikum..apakah hukum menimpan di bank yang mengamalkan riba…dan macam mana nak buat dengan duit yang dah ada dalam acccount bank tersebut..
    terima kasih..

  4. Ustaz Nik Nasri says:

    simpanan yang ada kaitan riba hukumnya haram. Duit dikeluarkan dan masukkan dlm akaun tiada riba. Untungnya boleh diguanakan utk kegunaan awam seperti tandas awam, jalanraya dll.

  5. hamba allah says:

    ustaz, beberapa tempat di atas lantai dalam bilik saya ada najis hukmi dan saya tak pasti dengan tepat dkt mna najis tu ada..jadi adakah cara menyucikan tempat itu dengan menuangkan air sekali sahaja di tempat yang saya yakin ada najis, kemudian lap…betul ke?

    kalau betul, adakah perlu syarat lap dahulu baru jadi suci ataupun cukup sekadar tuangkan air sekali saja dah jadi suci dah?

  6. alfin says:

    Assalamu’alaikum..wr..wb, Semoga kita semua tetap dalam lindungan Allah SWT..aamiinn..saya tertarik dengan artikel ust, saya mau tanya bang, apa abang punya buku-buku sejarah ulama-ulama Mandili(Mandailing), saya orang Panyabungan ibukotanya Mandili, dan dikampung saya ada nama jalan, nama jalannya Syekh Abdul Qadir Al Mandili, konon kata nenek saya..zaman dahulu ada pengajian didaerah saya yang gurunya kelahiran arab-Mekkah..dan apa benar keturunan Syekh Abdul Qadir Al Mandili yang ada ditampat saya… Trus ditempat saya juga banyak makam syekh, klo ga salah rata-rata kelahiran arab-Mekkah..wallohu a’lam, maaf ya ust, pertanyaannya panjang, apa ust juga tau sejarah syekh Abdul Mutholib serta Syekh Abdul Fatah yang makamnya ada didaerah saya(Panyabungan-Mandili/Mandailing),,,terima kasih ya ust…wassalamu’alaikum…wr..wb

  7. alfin says:

    O ya ust,,, Syekh Mustafa Husein juga berada di daerah saya ust, dan beliau merupakan pendiri pondok pesantren Musthofawiyah, jika ust punya biografi yang lengkap mengenai ulama-ulama Mandili dahulu,,boleh saya beli ust..terima kasih ya ust…

  8. Ustaz Nik Nasri says:

    Maaf tuan. Saya hanya mencatat tentang Sheikh Abdul Qadir al-Mandiliy dari sumber terbatas yang saya tahu. Selain itu tidak ada. WallahuA’lam.

  9. Taufik says:

    Assalamualaikum ustaz…sy ingin menanyakan pendapat ustaz..Saya ingin memahami ilmu agama dengan lebih mendalam.Permasaalahan disini,saya keliru untuk belajar cara pondok(berguru) atau cara belajar di universiti di dalam malaysia.Kemahuan saya kuat mengatakan berguru di pondok atau bersama para ulamak itu lebih jelas akan keaslian ilmu agama serta lebih terperinci pembelajaran akhlaknya….Mohon pendapat dari Ustaz.

  10. Ustaz Nik Nasri says:

    Sistem tradisional pondok terbaik tapi mesti cari tempat yg baik. Sistem baik tapi kalau cara tak kena pun tak jadi, termasuk sikap pelajar itu sendiri

  11. Hamba Allah says:

    Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya . Perempuan sekarang lebih gemar memakai pakaian yang ketat . Tetapi mereka tetap solat . Macam mane tu ? Apakah solat itu masih diterima ?

  12. Ustaz Nik Nasri says:

    solat sah jika cukup syarat dan menepati rukun. Yg pakai ketat itu hukumnya tetap haram dan mesti berubah jadi lebih baik dgn menutup aurat lebih sempurna

  13. emi says:

    A’kum
    Apa yang saya maksudkan ialah, ilmu2 dari alquran dan hadith yang telah dikategorikan mengikut kategori masing2.. sbgai conth, fiqh, aqidah, dan lain2..banyak lagi saya tak tahu…
    Saya nak dapatkan maklumat dalam bentuk preview dan ringkas tentang kategori2 ilmu islam seperti yang saya telah nyatakan sebelum ni(yg dlm word tu)..Cuma saya nak yang lebih detail..
    Tujuan dan matlamat saya nak dapatkan maklumat ni sebab saya nak belajar islam dengan lebih tersusun dan nak buat perancangan. Bukan belajar dengan ‘cedok’ sikit2 sana sini tapi tak tahu ilmu yang dipelajari dalam bidang apa..
    Dari kecik sampai sekarang tidak pernah belajar di mana2 pondok atau sekolah agama cuma sek harian biasa. Sekarang saya dah sedar. Sebenarnya saya sedang belajar dlm bidang engineering..tp dlm masa yg sama saya nak juga mendalami islam dari dasar..insya-allah..

  14. muhamad rahimah says:

    saya baca cara nabi SAW solat subuh,beliau tidak membaca qunut,jadi saya ikut tidak membacanya…

  15. Ustaz Nik Nasri says:

    ada riwayat yg sebut Nabi ada baca. Perkara ini khilaf di kalangan ulama

  16. azmel says:

    saya ada baca buku tentang kedudukan hujung kaki ketika sujud..

    berdasarkan hadis ibn Abbas r.a. yang sahih
    maksudnya: “Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud: Di atas dahi – dan Nabi s.a.w menunjukkan ke arah dahi dan kedua-dua belah tangan, dan kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung kaki.”

    (riwayat al-Bukahri dan Muslim)

    kemudian huraian penulis..

    Berdasarkan apa yang dihuraikan oleh Imam al-Nawawi, anggota yang dikira ialah telapak bagi kedua-dua tangan dan yang dikira bagi kaki ialah permukaan jari-jari kaki, dan paling minima untuk melaksanakan arahan daripada hadis di atas adalah jika ada satu jari yang betul kedudukannya.

    dan soalan saya ialah..

    apakah yang dimaksudkan dengan

    ” paling minima untuk melaksanakan arahan daripada hadis di atas adalah jika ada satu jari yang betul kedudukannya”???

  17. Ustaz Nik Nasri says:

    ertinya memadai dgn satu jari kaki yg dilipat

  18. fadhli says:

    assalamualaikum. ustaz.. saya ingin bertanya mengenai sebuah perniagaan yg memerlukan kita untuk merujuk seseorang untuk membeli barang. barang yang dijual adalah suatu keperluan yang digunakan seharian. sekiranya orang yang dirujuk menggunakan produk tersebut. kita akan dibayar. adakah unsur2 riba di dalam perniagaan tersebut?

  19. Ustaz Nik Nasri says:

    Tidak

  20. rizal says:

    salam ustaz..sy berminat utk memiliki/belajar mp3 syarah kitab perisai bagi sekalian mukallaf..bagaimanakah caranya?syukran ustaz..

  21. hamba allah says:

    kalau ada kahak dalam mulut ketika solat, perlu buang..
    tapi bagai mana pula dengan kahak yang selalu ada dekat pangkal lidah? contohnya, kahak yang menyebabkan suara kita tersangkut ketika solat di mana kita perlu berdehem bagi melancarkan suara. Sebelum berdehem, kahak ni akan ada di kerongkong, tapi selepas berdehem, kahak ni akan naik sedikit ke pangkal lidah..selalunya tak berdehem pon kahak ni berkumpul dekat pangkal lidah..Nak ludah pon susah sebab kena kehek kuat2 baru kahak keluar..sbb bila ludah tanpa berkehek, kahak akan keluar sedikit..macam mana ni?

    adakah ia dikira sebagai perkara yang dimaafkan?

  22. Hamba Allah says:

    Salam

    Ustaz saya telah pakai satu produk pencuci muka,berapa hari lepas sy baru tahu yang produk itu ada sumber tidak halal iaitu minyak dari khinzir,sy tak tahu selama ni benda tu ada dalam produk tersebut,saya pun dah mmg lama tak pakai.jadi mcm mana dengan amalan dan solat saya,serta perlukah sy sertu atau samak semua bnda yang sy pegang dan guna,memandangkan saya memang tidak mengetahui status produk itu sebelum ini,mintak pencerahan dari ustaz.mintak pencerahan dari ustaz,

  23. USMAN CHETEH says:

    Assalamualaikum wbk ustaz,

    Saya mohon untuk download siri2 ceramah, kuliah dan tazkirah serta makalah2 ilmiah daripada web ustaz untuk dibuat mendalami ilmu diri dan keluarga .

    Harap ustaz dapat memberi kebenaran kepada saya

    USMAN CHETEH
    NARATHIWAT

  24. Ustaz Nik Nasri says:

    silakan

  25. Baihaqi says:

    Aslmualaikum ustaz,
    saya berminat maendapatkan kuliah penuh kitab kifayatul muhtadi dari ustaz, macam mana nak dapatkanya?

  26. Baihaqi says:

    Aslamualaikum ustaz,
    macam mana nak dapatkan kuliah penuh kitab kifayatul muhtadi dari ustaz?

  27. Ustaz Nik Nasri says:

    Beri email yg betul. Saya dah email guna yg yahoo tu x dapat

  28. Afie says:

    Assalammualaikum ustaz,
    saya nak minta jasa baik ustaz sekiranya ustaz dpt memberi info atau komen mengenai madrasah/pondok yang sesuai utk anak sy yg berumur 13thn. Diharap jika ustaz tak sibuk, sy ingin berbincang didlm email saya.. Terima kasih ustaz..

  29. en mohd & puan eja says:

    assalammualaikum ustaz,, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..anak saya berumur 15 tahun,lelaki…niat kerana Allah ,saya mahu menghantar anak ke madrasah@pondok.. harap ustaz dapat beri info dn tmpt yang sesuai ..moga anak2 kami dan anak2 saudara2 seislam menjadi pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa dan menyambung perjuangan Nabi saw…terima kasih..

  30. Ustaz Nik Nasri says:

    Saudara tinggal di mana? Pondok dan madrasah sebenarnya banyak di seluruh negara. Nak pilih tu kena tengok pelbagai faktor lah. Tkasih

  31. Amy says:

    Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya bagi pihak kawan saya.
    Kemusykilannya seperti berikut mengenai isu wasiat.

    “Assalammualaikum ustaz.
    Saya ada masalah berkenaan wasiat secara lisan.kesnyer begini..sy ada seorang abg yg telah meninggal dunia.semasa hayat beliau ada menyatakan apa yg dimiliki beliau semasa hayat jika beliau tidak dpt gunakannyer…itu semua utk ank2 sy.arwah belum berkahwin dan belum ada ank.apa yg diktakan oleh arwah ni juga dketahui oleh saya..bekas suami saya , kakak sulong saya dan adik ipar saya.sekarang adakah itu dikira wasiat arwah utk ank2 sy?beliau tidak ckp berapa peratus utk ank2.adakah semua milik arwah jatuh kpda ank2 sy?jika sy ingin bahagikn kpd adik beradik yg lain…bagaimna caranyer? Secara faraid atau boleh mengikut budi bicara saya atau anak2 saya? Ank sy berumur 10 & 5 tahun.sy ada menyatakan kpd adik beradik yg lain tp mereka tidak setuju dgn alasan mereka tidak mndengarnyer arwah berkata begitu.sy harap ustaz dpt mmberi penjelasan agar saya faham mengikut hukum islam.terima kasih.assalammualaikum.”

    Semoga dapat membantu beliau merungkai masalah.

    Terima kasih.

  32. mohd nor says:

    assalamualikum ustaz..saya dari negeri sembilan ingin minta pertolongan ustaz memberi sedikit info dan tempat yang sesuai untuk anak saya berumur 17 tahun lelaki,anak saya berminat untuk belajar kitab dan bahasa arab.terima kasih

  33. eee says:

    Apakah hukum qada solat yang sengaja ditinggalkan….setahu saya terdapat lebih daripada satu pendapat..
    Pendapat manakah lebih tepat?..tolong nyatakan dalil2nya yang menyebabkan ia lebih kuat daripada yang lain.

  34. Ustaz Nik Nasri says:

    sengaja tinggal solat haram, berdosa, wajib qadha.

  35. pak ajis says:

    Salam ustaz dah siap terjemah buku syarah jauharah

  36. Ustaz Nik Nasri says:

    terjemah jilid 1 sudah. Dah sampai ke penerbit tapi penerbit belum cetak

  37. Ahmad Muhyiddin says:

    Ustaz, teks khutbah TG Haji Hadi yang terkini tak boleh nak buka link dia. Dah lama dah perkara ni berlaku apabila nak tengok yang terkini tapi tak pernah dibaiki. Harap ustaz dapat baiki sbb nak cari kat lain payah.

  38. Ahmad Muhyiddin says:

    Sebelum-sebelum ini pun tak boleh nak buka teks khutbah TG Haji Hadi yang terkini.Kalu boleh ana nak cadangkan agar teks khutbah TGHH dapat juga diakses melalui Buletin Online bwh perhubungan Negeri Trg.

  39. Ustaz Nik Nasri says:

    saya buka boleh je. Check komputer/laptop sdr?

  40. Naqiuddin says:

    Ustaz, dimanakah tempat/pondok/madrasah yang membuka kelas talaqqi kitab/al-quran bersanad untuk lepasan spm 2013/orang awam?

  41. Ustaz Nik Nasri says:

    tiada maklumat

  42. Hamba Allah says:

    ustaz ada x kitab jam’un nihayah fi bad-iel khair wa ghayah dalam bahasa melayu?

  43. Ustaz Nik Nasri says:

    wallahu a’lam, xde maklumat

  44. nafisah tahir says:

    ust, ada audio kulliah ustaz tentang surah al-Nur? mohon sms ana 019 4883420 kak icah mafraqiyyah

  45. Adnan says:

    salam ustaz,

    saya ada beberapa perkara yang menghantui hidup saya dan mengganggu ibadah.

    1) Najis dilantai yang dibersihkan hanya dengan dimop sahaja(KETIKA JAHIL), setelah berbulan2 lantai mmg tiada najis langsung mmg tiada kesan, bau dan warna, Jadi apakah kaki yang memijak dihukum najis?
    kalau nak dituang air/membanjirkan kawasn rumah agak menyulitkan kerana rumah berlantai simen dan semua perbut mesti dialihkan.

    2) Apabila tangan yang basah terpegang najis yang telah hilang kesan, warna, bau dan rasa adakah najis tersebut merebak ke barang lain yang dipegang?

    Harap Dapat Jawaban Dari Ustaz
    Terima Kasih

  46. zul says:

    Salam ustaz…apa pandangan ustaz tentang prof azmi dari um tentang hudud..

  47. Ustaz Nik Nasri says:

    tak kira siapa, hukum hudud dlm Quran dan hadis, siapa engkar kufur. Kalau dlm hati iktikad benar tapi malas, tak mahu buat, cakap kerana jahil maka jadi fasiq

  48. syuhaidi says:

    Assalamualaikum ustaz, ader ape2 kitab karangan tok ku paloh x? teringin nak bace..

  49. Ustaz Nik Nasri says:

    maaf, x de

  50. abdullah says:

    Assalamualaikum ustaz.. sy berminat untuk dapatkan kuliah kitab kifayatul muhtadi ustaz. Boleh ustaz emelkan kpd sy? Syukran ustaz….

Hantar Komen Anda