Hubungi Ustaz

Ustaz Nik NasriUntuk menghubungi ustaz dengan sebarang pertanyaan dan persoalan -

sila emel ke niknasrimalek@gmail.com

Terima kasih.

Komen (179)

  1. Hamba Allah says:

    Assalamualaikum..

    1.saya ingin bertanya apakah hukumnya jika kita terpijak najis, tetapi tidak diketahui ianya najis apa, perlukah disamak?

    Jawapan: tak perlu samak

    2. bagaimana pula jika kita mengesyakinya najis anjing? Risau pula takut2 ianya najis anjing, tetapi tidak dapat dipastikan ianya najis anjing atau bukan, perlukah disamak?

    Jawapan: kaedah: asalnya tiada, syak datang kemudian. tak wajib samak.

    3. Bagaimana pula selipar yg kita was2kan disimbah air dan air itu pula mengenai selipar lain dan selipar itu pula dipakai pula ke tempat lain dan adakah kawasan yang terlibat itu juga turut terkena najis.

    Jawapan: was-was dari syaitan, buang perasaan was-was.

    terima, kasih.
    Jawapan: sama-sama

  2. amzar says:

    assalamualaikum ust,saya minat sangat nak blaja bahasa arab…tp saya tak tahu nak blaja di pondok mne…boleh tak saya nak blaja dengan ust?

  3. Ustaz Nik Nasri says:

    anta duduk di mana?

  4. habibollah says:

    Assalamualaikum ustaz,

    1)saya ingin bertanya, apakah kaedah-kaedah yang digunakan oleh imam- imam mazhab untuk menghasilkan fatwa.

    2)apakah hadis2 yang digunakan oleh Imam-Imam Mazhab dan siapakah perawi-perawinya?

  5. Najib says:

    Dear Ustad,

    Kenapa PAS tidak memperjuangkan Islam tetapi sebaliknya tunduk dan takut kpada DAP? Bukankah UMNO yang lebih banyak membangunkan Islam khususnya orang Melayu? Kenapa PAS nak Anwar jadi PM? Kenapa tak Mat Sabu?

  6. Ustaz Nik Nasri says:

    Dasar Islam PAS tidak berganjak. Ini jelas. Apa bukti PAS tunduk dan takut kepada DAP? Melalui UMNO, Islam terpinggir dan dipinggir. PAS tak pernah secara rasmi kata Anwar atau Mat Sabu akan jadi PM.

  7. Kolonel Keadilan says:

    Assalamualaikum.Ustaz saya ad terbaca bnda nie dkt facebook kawan saya.

    Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)

    jadi saya nk minta ustaz perjelaskan adkah hadis diatas hadis benar atau palsu.

  8. Hamba Allah says:

    Assalamu’alaikum..

    Saya mahukan penjelasan apakah yang sebenarnya dimaksudkan dengan air liur basi. Saya terjumpa di website ini http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/149-hukum-air-liur-basi.html

    Yang mengatakan air liur basi bukan najis. Jadi saya mohon penjelasan yang lebih jelas dari ustaz.

    Dan apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata ini ” sekiranya cecair itu keluar dari mulut pada permulaan tidur kemudian terhenti titisannya, sekalipun tidur itu berterusan dalam tempoh yang lama dan cecair itu terhenti, sehingga kering bibir dan bantalnya, maka yang zahir ia menunjukkan air liur basi itu keluar dari mulut bukan dari perut. Sebaliknya jika panjang masa tidur dan disertai dengan rasa basah (air liur basi yang keluar), maka yang zahirnya ia keluar dari perut. ” Kata2 ini diambil dari website itu.

    Apakah maknanya sekiranya air liur tidak keluar meleleh ketika kita tidur maka air liur yang berada di dalam mulut kita sewaktu kita bangun dari tidur bukanlah dihukumkan najis? Ketika kita tidur dan ada air liur yang keluar meleleh barulah kita hukumkan itu air liur basi?

    Terima kasih.

  9. saharuddin says:

    ustaz, apakah sah solat zuhur seorang yg mengerjakan nya di akhir waktu sekira2nya belumpun sempat habis satu rakaat, tiba2 masuk waktu asar. bagaimanakah hukumnya ustaz?

  10. Ustaz Nik Nasri says:

    dikira qadha

  11. Hamba Allah says:

    Ustaz, soalan saya tentang hukum air liur basi pada
    31-07-2011 at 11:28 am di laman web ustaz masih belum dijawab. Saya harap moga2 ustaz dapat jawab soalan saya itu insyaAllah.

  12. Azahari says:

    ASM Ust,

    Anak buah saya di pejabat telah mengahwini suami orang. Beliau telah mendesak supaya isteri pertama di ceraikan. Boleh tak ust berikan rujukan hadith atau surah yang mengatakan perbuatan ini adalah berdosa. Terima kasih.

  13. Ustaz Nik Nasri says:

    haram desak isteri pertama diceraikan. ayat Quran dan hadith belum sempat dirujuk.

  14. Hamba Allah says:

    Assalammu’alaykum ..
    Ustaz, saya ingin mempelajari bahasa Arab supaya dapat mengkaji kitab kitab yang terdapat Didalam bahasa arab. Saya telahpun melalui penbelajaran bahasa Arab beberapa tahun dulu tapi sudah pun lupa. Saya sekarang telah pun berumur 56 thn. sila nasihat dimana dan bagaimana. Pembelajaran di Malaysia atau di negeri Arab.

    Wassalam

  15. Ustaz Nik Nasri says:

    Mengkaji kitab dlm bahasa Arab perlukan asas yg kukuh dlm bahasa Arab terutama tatabahasanya (Nahu dan Saraf), selain membiasakan diri dgn gaya bahasa kitab-kitab Arab. kitab klasik ada gaya bahasanya. Kitab moden mungkin lebih mudah. Saya tak tahu tuan tinggal di mana. Mungkin boleh dicari di tempat berhampiran. Kalau di negara Arab pun, kena ada asas yg agak baik dahulu. Wallahu a’lam.

  16. hamba Allah says:

    lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur… Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)

    jadi saya nk minta ustaz perjelaskan adkah hadis diatas hadis benar atau palsu.

  17. Mohd Nazari bin Mansor says:

    Salam…ustaz kitab Al-muhimmah khusus utk perempuan,bgaimana utk lelaki pulak?boleh tak ustz uploadkan siri pengajian kitab anak kunci syurga yg ustz ajar?

  18. Assalamualaikum akhi..,ana ada beberapa hal untuk disoal dan dibincangkan. insyAllah akhi ada tak yahoo mesennger?

  19. Ustaz Nik Nasri says:

    waalaikumussalam,
    guna niknasrimalek@gmail.com

  20. Haniff says:

    Assalam Ustaz, apa pendapat Ustaz tentang perkara ini- Seorang hamba Allah ini, seorang Muslim yang bermuka-muka…

    Saya berikan rumusan sedikit ttgnya: Dia seorang yang hidupnya meminta2 (tidak bekerja, tapi mengharapkan belas kasihan org lain walaupn fizikalnya sempurna), termasuk daripada ibunya, dan apabila tidak diberi apa yg dipinta, akan mengherdik waima ibunya itu sendiri… suka mencari masalah dengan tidak menghormati adik-beradiknya…

    Tetapi… dia mengangkat dirinya sebagai ketua di sebuah surau (ahli surau tidak mengetahui hal dia dan keluarganya), membangga diri, dan sombong dengan kedudukannya di surau itu dihadapan keluarganya…

    Perlukah org seperti ini dihormati lagi? Bagaimana pula dgn surau itu, perlukah ada apa2 usaha utk menukar ketuanya? Dan jika dia masih lagi ketua di surau itu, perlukah aktiviti2 disurau itu diberi sokongan?…

  21. Ustaz Nik Nasri says:

    bermuka2 pun sudah salah. Hidup meminta2 dalam keadaan fizikal baik, mampu bekerja pun salah. Herdik ibu sendiri lagi salah. Cari masalah dan tak hormat adik beradik pun salah. kalau sdr tahu ttg dirinya, boleh buat sesuatu. Nasihat dahulu. kalau x boleh, tukar ketua surau dgn cara berhikmah. Cari yg lebih baik dan yg lebih ada integriti. Tapi kalau aktvt surau yg baik, xpe nak sokong.

  22. Balkis says:

    Assalamualaikum Ustaz,
    Saya ingin bertanya boleh ustaz cadangkan ustazah untuk kursus asas bahasa Arab. saya ingin mulakan dipejabat sewaktu rehat Hari Jumaat untk muslimah.Telekom HQ Jln Pantai Bharu KL.Wassalam

  23. Akmal says:

    Assalamualaikum Ustaz,
    Saya ingin bertanya adakah anak luar nikah adalah muhrim dgn datuk sebelah ayah & ibu jika mereka berkahwin?

  24. hamba ALLAH says:

    Salam, saya pun nk tahu pasal hukum air liur basi, najis @ x? terima kasih

  25. Ustaz Nik Nasri says:

    kalau yg dikatakan basi tu, ertinya dari dlm perut. ulama sebut ia najis.

  26. nur says:

    Assalamualaikum ustaz,
    Begini, di rumah ada kanak2 berusia 3 thn dan kebetulan haritu dia tak pakai pampers. Saya perasan ada kekotoran di lantai dan saya tidak pasti kekotoran yang ada pada lantai rumah itu bekas air kencing atau tidak. Sy nmpak seluar yg dipakai diletak ditepi dlm keadaan basah ttp diberitahu tertumpah air. Dan basah kerna keluar masuk toilet. Sy mnghidu bau seluar itu ttp kurang pasti. Sy sudah pijak lantai di kawasan itu, jln2 di dlm rumah. Apa yang perlu sy lakukan ustaz? Perlu cuci satu rumah? Kalau nk cuci bahagian mana, kerana sy kurang pasti. Harap ustaz dpt membantu.

  27. Ustaz Nik Nasri says:

    kaedah fiqh ‘asalnya tiada’. yg tak pasti itu ertinya tak yakin kencing atau tak. tak perlu cuci satu rumah. kalau datang was-was tolak.

  28. fardy says:

    baru selesai ikuti kuliah ustaz di masjid tengku mizan tadi. saya ada soalan.

    1. selepas pembukaan mekah, apa yang terjadi kepada orang-orang yang Nabi kehendaki cari dan bunuh itu walaupun berpaut ditirai Kaabah?

  29. Ustaz Nik Nasri says:

    ni nak kena ikuti kuliah sampai abis nii… : ) , ada yang dibunuh dan ada yg selamat

  30. fardy says:

    baik ustaz, cuma sy cari kitab nurul yakin tak jumpa la. sampai kedah cari.

    boleh sy bawak pendrive utk copy kuliah ustaz jgk?

  31. hamba Allah says:

    ust.boleh kirim teks kutbah jumat tentang hukum qisas
    Saya takjub banget setelah mendengar kutbah ust.tentang
    Hukum qisas.

  32. ahmad says:

    ustz..kawan saya tlh curi komponen moto…saya dh larang tp dia curi jgk.. komponen tu kecik je..siaz benda tu lebih kurang duit 50sen je.. dan dia letakkan benda tu di moto dia…saya sedar walaupun saiz barang curi tu kecik, tapi curi tetap curi..moto tu dia punya, tapi dekat moto tu ada benda curi…dan benda tu berfungsi untuk menutup lubang dan untuk melindungi komponen dalaman moto, bukan untuk menggerakkan moto….soalan saya ialah adakah haram kalau saya guna moto dia?…saya tanya ni sebab saya tinggal dengan dia..dan saya rasa was2 nk guna moto tu…kdng2 saya x blh lari dari pada berurusan dengan moto tu…adakah moto tu telah haram untuk di gunakan?…

    Jawapan: moto boleh guna. curi barang tu haram

  33. Ustaz Nik Nasri says:

    moto boleh guna, yg haram curi barang tu

  34. syafiq says:

    assalamualaikum ustaz, apakah hukumnya kalau kita cakap allah adalah satu. Kalau x slp saya ada dengar lecture saya cakap, kalau kita cakap allah adalah satu, itu merupakan bilangan, jadi kita kena cakap tiada tuhan melainkan allah.
    saya faham dengan konsep ‘tiada tuhan melainkan allah’

    Tapi soalan saya, salah ke kalau kita cakap allah adalah satu…

    Jawapan: ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’ itu syahadah dan konsep asas Tauhid. Ada nafi dan ithbat. Atau kita sebut ‘Allah itu Tuhan yg Maha esa’. Saya tak dengar pula kalau sebut ‘Allah itu satu’ jadi salah pula. Wallahu A’lam.

  35. Ustaz Nik Nasri says:

    ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’ itu syahadah dan konsep asas Tauhid. Ada nafi dan ithbat. Atau kita sebut ‘Allah itu Tuhan yg Maha esa’. Saya tak dengar pula kalau sebut ‘Allah itu satu’ jadi salah pula. Wallahu A’lam.

  36. Ibnu Hasni says:

    assalamualaikum ustaz, dalam aqidah ada perkara usul dan perkara furu’. 1) boleh ust terangkan di mana pemisahan antara usul dan furu’ (contohnya perbezaan metod penafsiran salaf dan khalaf, adakah ia usul atau furu’) 2)boleh ust jelaskan stkt manakah benchmark utk kita klasifikasikan yg kita dah faham bab aqidah (adakah cukup sekadar hafal dan amal rukun iman dan islam atau cukup dengan mengimani akan keesaan allah atau cukup dengan memahami tauhid 3/usul 20 sahaja)

    Jawapan: Kalau penafsiran salaf dan khalaf ia adalah furu’ yg tidak menjejaskan aqidah kalau berpegang kepada salah satu dari pandangannya. Perkara asas mengenai rukun iman perlu diketahui. Imam Ghazali sebut kalau ada kesamaran atau syak, maka wajib belajar utk hilang kesamaran. Kalau dapat terima dgn mudah apa yg diberitahu ttg rukun iman lalu meyakininya, sudah memadai. Wallahu a’lam

  37. Ustaz Nik Nasri says:

    Jawapan: Kalau penafsiran salaf dan khalaf ia adalah furu’ yg tidak menjejaskan aqidah kalau berpegang kepada salah satu dari pandangannya. Perkara asas mengenai rukun iman perlu diketahui. Imam Ghazali sebut kalau ada kesamaran atau syak, maka wajib belajar utk hilang kesamaran. Kalau dapat terima dgn mudah apa yg diberitahu ttg rukun iman lalu meyakininya, sudah memadai. Wallahu a’lam

  38. Norhayati says:

    Assalamualaikum Ustaz, Saya baru saja beli rumah dimana pemiliknya berbangsa Cina. Perlukah saya menyamak rumah tersebut sebelum berpindah ke rumah tersebut?

  39. adry says:

    Ustaz, setiap hari saya mengambil anak saya dari sekolah dimana anak saya
    akan menarik begnya yg beroda melalui laluan pejalan kaki /koridor .Ada ketika dulu terdapat anjing berkeliaran di dalam kawasan sekolah itu .bagaimana pula sekiranya beg anak saya itu telah melalui laluan yg pernah dilalui oleh anjing itu dan beg itu telah diletakkan di tempat duduk kereta dan apakah tempat duduk kereta saya itu turut bernajis berat .Harap ustaz dapat memberi solusi nya .terimakasih

  40. Ustaz Nik Nasri says:

    Tak nampak dan bau najis kan. Tak de apa-apa

  41. zuhairi says:

    Salam ustaz ,saya seorang guru tadika ,semasa murid -murid saya bermain di luar kelas ,beberapa orang murid memberitahu saya yang Salah seorang mereka (Alif ) telah terpijak tahi anjing (saya tidak pasti apakah kata-kata mereka benar atau mereka kenal dengan najis itu )dan saya tidak pula pergi memastikannya hanya sekadar menyuruh Alif mengesat selipanyanya ke tanah .Alif juga beritahu najis itu tidak terkena pada kakinya dan dia terus meluru mask .ke dalam kelas.(dalam kelas semua murid tidak memakai kasut). Bagaimana status lantai bilik kelas saya dan sarung kaki yang saya pakai yang mana sarung kaki saya dah bercampur dengan pakaian lain dalam mesin basuh.

  42. Ustaz Nik Nasri says:

    Kaedah fiqh: ‘Asalnya tidak ada’. Kalau tidak ada ain (benda), rasa atau bau, dikira hukum asal tiada najis melainkan sebaliknya.

  43. ahmad says:

    ustaz, kalau si A merasa curiga terhadap perbuatan(buruk) si B…dan si A sangat yakin bahawa si B melakukan perbuatan itu TAPI!!..si A masih ada sidikit perasan tidak pasti…kemudian si A cakap kpd rkn nya si C..sebagai contoh—>

    (1)”aq tengok si B macam msk tnpa kebenaran je…”..(hati si A masih terdapat sedikit rasa curiga walaupun bnyk keyakinan)

    (2).’”aq yakin si B masuk tanpa kebenaran”(bercakap secara melulu)

    TAPI…sebenarnya si B msk dgn kebenaran cuma si A yg x tahu…

    jadi yg mana satu jatuh fitnah (1) atau (2)????

  44. Azlan Al-Faluhi says:

    Assalamualaikum Muallimi..
    Kaifahaluk al- an? Ana Azlan, student TATI thn 2005/08, kos TDM, Ustz ngajor kami dulu short sem,

    lama sngt dh x jupa Ustz, leni ana keje di JB. Insya-ALLAH nati ada masa ingt nk jumpa Ustz.

  45. Ustaz Nik Nasri says:

    waalaikumussalam,
    Bikhair.

  46. abu says:

    assalamualaikum ustaz, di rumah ustaz ada tak kitab2 yg membincangkan isu2 permasalahan nuklear dan ibu tumpang menurut perspektif islam…ini adalah tajuk assigment saya.. saya dah cari buku perpustakaan tapi tak jumpa sampai sekarang…saya tak dibenarkan ambil artikel di internet dan saya tak mampu berhujah..sbb tu lah saya perlukan buku sebagai rujukan…

    kalau ustaz ada buku tu..saya nak mintak ustaz tolong tangkap gambar page2 yg berkenaan dan tolong hantar dekat email saya…tu pon kalau ustaz ada..kalau tak ada tak pa….ok tq..

  47. Hamba Allah says:

    Assalamualaikum wbt Ustaz, saya sejak akhir2 ini sentiasa dihantui oleh perasaan was-was. Ianya bermula dari kenderaan saya yg telah terkena najis. najis apa, saya xdapat pastikan tp mengandaikan benda yang menempel di bahagian sebelah dalam pintu kereta saya itu adalah tahi anjing. cuma mengandaikan bila tercium baunya seperti najis manusia..saya sdh samak tempat yang terkena najis, dan yakin sdh bersih. selepas beberapa hari kemudian timbul rasa was-was bila terlihat di tempat yang sama masih ada kesan dan sya risau jika kesan itu adalah tahi anjing yang telah saya samak sebelum ini. saya hilangkan was-was dengan menyamaknya sekali lagi. tapi sekarang bila da kering, saya seolah-olah masih mengandaikan kesan tahi tersebut masih ada. pening kepala dibuatnya.

    1. ADAKAH NAJIS ITU MASIH ADA SEPERTI SAYA ANDAIKAN SEDANGKAN SAYA SUDAH MENYAMAK KAWASAN TERSEBUT SEBANYAK 2X?

    2. PERLUKAH SAYA MENYAMAKNYA SEMULA?

    3. JIKA TIDAK PERLU, ADAKAH IA BOLEH DIBERSIHKAN DENGAN AIR BIASA DAN SABUN?

    Selain itu, dalam 2 @ 3 hari sebelum ini, saya ternampak najis (tahi) di kawasan halaman rumah saya (tempat letak kereta). Saya mengandaikan tahi tersebut adalah tahi anjing, tapi sememangnya saya tidak ada terlihat samada kucing atau anjing yg buang air dekat situ. Semalam family saya membasuh kereta berhampran najis terebut, saya bimbang beliau terpijak najis itu.

    1. Adakah perlu family saya itu menyamak anggota badan yg terkena air percikan basuhan kereta sebab takut telah bercampur dengan najis tersebut?

    2. Jika selepas dia membasuh itu dalam keadaan basah dan masuk ke rumah, adakah perlu seluruh kawasan lantai rumah diSAMAK?

    3. Adakah perlu saya juga turut menyamak kawasan dalam kereta saya kerana was-was apabila berjalan di kawasan itu takut kesan-kesan najis tersebut telah berserakan dan bimbang dengan kebersihan tapak kasut saya?

    SEMUA INI ADALAH DALAM KEADAAN YANG TIDAK PASTI SAMADA FAMILY SAYA ITU TELAH TERPIJAK ATAU TIDAK CUMA RASA WAS-WAS SAYA YANG KETERLALUAN.

    APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN USTAZ UNTUK MEYAKINKAN DIRI INI DENGAN KEBERSIHAN DI KAWASAN PENEMPATAN SAYA?

  48. Salam Ustaz,
    Saya mohon jasabaik penjelasan dari Ustaz. Pada minggu lepas ketika saya berhenti kereta tiba-tiba saya tersedar seekor anjing telah berdiri dekat kereta saya. Saya tidak pasti samada badan atau air liur anjing tersebut terkena atau tidak kereta. Saya sebenarnya menghadapi gangguan was was sejak tahun 1999 hingga kini. Perlu ke saya melakukan samak atau sertu ke atas kereta.

    Terima kasih.

  49. Ustaz Nik Nasri says:

    tak perlu. hukum asal tak kena. Was2 shj

  50. mohd hafiz says:

    Assalam Ustz,

    Sy mmg berminat untuk mendalami bahasa arab berikutan sy pernah mempelajarinya selama tiga tahun sewaktu di bangku sekolah. Sekarang sy sudah bekerja dan masih berminat untuk mendalami bahasa arab. Untuk pengetahuan ustaz sy skrg tinggal di kerteh. Mohon panduan dan bimbingan ustz.

    Terima kasih.

Hantar Komen Anda