Seulas Bicara

Dengan Nama Allah arRahman arRahim. Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia SAW dan para Sahabat ra, serta mereka yang menurut jejak langkah baginda hingga hari Kemudian.

Saya mengucapkan setinggi kesyukuran terhadap Khaliq dan Pencipta alam ini sehingga memungkinkan tercapai cita-cita dan hasrat lama yang terpendam dalam lubuk jiwa ini yang mengimpikan lahirnya sebuah portal kelolaan peribadi, khususnya dalam arena pengajian ilmu-ilmu Islam dalam bentuk kontemporari lewat audio dan video.

Hasrat ini muncul kerana mengingatkan sabdaan junjungan, mafhumnya: ‘Apabila matinya anak Adam, putuslah amalannya melainkan dari 3 perkara: sadaqah jariah (yang sentiasa mengalir pahalanya), ilmu yang diambil manfaat dan anak soleh yang mendoakannya.’

InsyaAllah, melalui portal ini saya berkongsikan sedikit ilmu saya bersama anda melalui taman ilmu maya ini. Saya mengabadikan beberapa kuliah yang saya rakamkan di masjid-masjid, surau-surau dan lain-lain tempat. Juga tulisan-tulisan saya berkenaan pelbagai perkara. Mudah-mudahan ia menjadi amal soleh dan bekalan berpanjangan-ilmu yang diambil manfaatnya hingga ke suatu masa yang ditentukan oleh Allah.

Wassalam.

Al-faqir ila afwi rabbihi,
Nik Muhammad Nasri bin Nik Malek

Hantar Komen Anda