LailatulQadar, Bersungguhlah, Jangan Ala Kadar

doa-lailatu-qadr(kemaskini 18 Jun 2017: artikel yang pernah tersiar, diulang siar buat menjinakkan hati yang liar)

LailatulQadar

kedatanganmu hanya sebentar

merentap hati yang gementar

kerana merinduimu tidak sabar

(kuliah berkaitan (audio):

1 buru lailatulqadar 08 sep 09

2 buru lailatulqadar 08 sep 09

1buru lailatulqadr 09 sep 09

2 buru lailatulqadr 09 sep 09 )

LailatulQadar

memburumu mesti dengan hati yang sedar

Bersungguh dengan jiwa yang besar

kerana Tuhan yang Al-Qahhar

menjanjikan pahala, ganjaran dan janji yang benar

LailatulQadar

ada yang memburu cinta manusia yang sebentar

bacalah di dada akhbar

manusia mencari sesuatu yang palsu dan tidak benar

LailatulQadar

aku bermohon kepada Tuhan Al-Jabbar

moga Ramadhan ini tak sesia Kau hantar

malam lebih baik dari seribu bulan ku raih walau sebentar

untuk menjadi bekal berdepan dengan Rabbul-Jalil di padang MAHSYAR

Komen (2)

  1. Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

  2. Fadzlan says:

    Salam..ustaz,ada tak petanda2 malam lailatulQadar?

Hantar Komen Anda