Kelebihan Berjuang Di Jalan Allah Dgn Ikhlas

kata-kata almarhum Ustaz Fadzil NorPerkataan jihad mengandungi aljuhdu waljahdu bermakna bersungguh dan payah. Jihad menegakkan Islam pula besar kelebihannya. Untuk mendapat pahala besar ini pula perlukan keikhlasan dalam berjuang. Apatah lagi apabila sudah ada jawatan dan pangkat besar, ditambah dengan sifat mazmumah dalam diri yang menggugat nilai ikhlas itu. Semua perkara ini tidak mudah, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil. Dalam konteks Malaysia, PAS sebagai gerakan Islam dan parti politik mengambil pendekatan muwajahah silmiyyah ( berdepan secara damai) melalui pilihanraya. Namun, ia tetap sebuah bentuk jihad kerana jihad itu sangat luas maknanya. Hayati kata-kata almarhum Ustaz Fadzil Nor di sebelah (dalam gambar) agar mereka yang yang telah pergi meninggalkan kita dalam keadaan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam menjadi motivasi pula kepada kita dalam perjuangan ini.

kuliah saya mengenai kelebihan berjuang di jalan Allah 1 (594)2 (492) dan ikhlas

Dari Abu Hurairah r.a. katanya :Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Allah memberi jaminan kepada orang yang keluar berjuang di jalanNya…


Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad kerana beriman dan ikhlas kepada Allah, maka Allah memberi jaminan memasukkannya ke dalam syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah. Beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan.

Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan olehNya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya seperti bau kasturi.

Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku.

Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.”

Hadis riwayat Muslim

Hantar Komen Anda