Sambung Belajar Peringkat Diploma Di KUIZM

KUIZMKepada mereka yang mempunyai anak, saudara-mara, kenalan atau diri sendiri yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, KUIZM menawarkan sesuatu. Saya panjangkan surat dari pihak KUIZM untuk makluman dan tindakan:

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah beroperasi sejak September 2010 lalu akan menerima kemasukan baru pada Februari 2012. Sehubungan dengan itu, pihak KUIZM amat mengalu-alukan pelajar-pelajar lepasan 4 thanawi, SMU/SMA, SPM, STAM, pelajar tahfiz yang telah tamat hafalan 30 Juzu’ Al-Quran dan yang berkelayakan untuk menyambung pengajian dalam dua bidang yang ditawarkan iaitu DIPLOMA MUAMALAT & KEWANGAN ISLAM dan DIPLOMA DAKWAH & KOMUNIKASI.

Pihak KUIZM memohon jasa baik pihak Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan untuk menghebahkan di tempat Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan tentang penubuhan kolej ini dan memaklumkan kepada pelajar-pelajar di kawasan Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan berkenaan dengan maklumat pengajian dan pengambilan pelajar baru KUIZM sesi Februari 2012 . Untuk maklumat lanjut, sila layari website kuizm www.kuizm.org

Pada kesempatan ini, saya juga amat berbesar hati untuk memohon sumbangan ikhlas DANA PENDIDIKAN KUIZM dari pihak Dato’/YB/Ustaz/Tuan/Puan bagi menampung kos penyempurnaan bangunan dan pendidikan pelajar. Sebarang sumbangan boleh dibuat atas nama:

AKADEMI PENDIDIKAN ZULKIFLI MUHAMMAD

No. akaun 14041010074783 (Bank Islam Malaysia Berhad).

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Ustaz Mohd Norhan B Hamsi (017-9503455).

Mudah-mudahan pihak Ustaz/Ustazah/Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan kami. Segala kerjasama yang bakal pihak tuan berikan diucapkan ribuan terima kasih. Jazakumullah khairal jazak.

Sekian, wassalam.

Komen (6)

  1. Afiq says:

    Assalamualaikum , Ustaz Nik . Saya ingin bertalaqi dengan ustaz tentang Al-Mukhtasar AL-Mufid Fi Syarh Jauharah At-Tauhid ? Boleh Ke / sya berada di kelantan.kalau boleh hujung minggu iaitu setiap jumaat dan sabtu..

  2. Ustaz Nik Nasri says:

    Saya ada kuliah Maghrib kitab alMukhtasar alMufid di Masjid Mizan, Kerteh, Selasa mlm Rabu. Masuk Ramadhan ni, insyaAllah kuliah Subuh

  3. nur sakinah says:

    Assalamualaikum..ustaz sy baru je nak ambil spm thn ne bln mac mcm mana tu blh ke daftar lps hbs spm..

  4. alqarni says:

    Kolej universiti ni ada tak menawarkan pengajian untuk ijazah punya? Mohon pencerahan..

  5. Ustaz Nik Nasri says:

    sila berhubung dengan pentadbiran KUIZM

  6. Ustaz Nik Nasri says:

    sila berhubung dengan pentadbiran KUIZM

Hantar Komen Anda