‘Surat Terbuka Kpd Orang Melayu’: Keprihatinan Presiden PAS

DSTG HHPresiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menulis sepucuk surat terbuka kepada orang Melayu. Ia tersiar dalam laman rasmi Presiden PAS sendiri, Harakah edisi cetak dan lain-lain medium. Intipatinya berkisar tentang sifat Islam yang dibawa oleh Nabi SAW, bentuk asas perjuangan yang sebenar, kekuatan Arab dan Melayu dengan Islam, runtuh dan rosaknya perjuangan berdasarkan kebangsaan, kesan perjuangan Melayu yang salah kepada keadaan politik, ekonomi, sosial negara dan lain-lain serta umat dan bangsa yang mesti diselamatkan. Ia bukan sepucuk surat yang bersifat politik begitu sahaja. Ia sepucuk surat dari seorang Presiden sebuah parti dan gerakan Islam yang majoritinya Melayu yang disegani di peringkat tempatan dan antarabangsa. Ia ditujukan kepada semua orang Melayu, khususnya pendokong pekat kebangsaan Melayu di kalangan ahli dan pemimpin Umno.

pdf: surat terbuka kpd org Melayu (1576))

Di zaman Nabi SAW, Nabi sendiri mengemukakan surat kepada para raja dan pembesar, mengajak mereka bersama dalam Islam dan mahu menyelamatkan mereka dunia dan akhirat. Antara ayat dalam surat Nabi SAW itu ialah Aslim Taslam (masuklah Islam (dengan sebenar dan semuanya), nescaya kamu selamat). Di atas semangat itulah surat terbuka itu ditulis. Islam telah menyelamatkan Arab dan Melayu. Islam jugalah yang akan menyelamatkan rakyat Malaysia sekarang. Hilangnya integriti, kredibiliti, kapabiliti Umno sebagai teras parti yang memerintah tidak dapat disembunyi di sebalik kokokan media yang mengipas saban hari.

Orang Melayu mesti insaf dan bertindak sekarang, termasuk bangsa lain di Malaysia agar masadepan Malaysia lebih cemerlang melalui asas kemajuan negara yang lebih berprinsip dan beradab. Justru, hayati dan sebarkan surat tersebut.

(Saya edit ejaan, tambah 2,3 subtopik tanpa mengubah maksud asal isi surat dan membuatnya dalam bentuk pdf)

Hantar Komen Anda