Tiada Apa Yg Diharapkan Dari Perhimpunan Agung UMNO

umnoSaya tak sempat mengikuti keseluruhan perjalanan PA UMNO. Ada 3 sebab. Pertama, saya bukan ahli UMNO, Alhamdulillah. Kedua, saya agak sibuk dengan urusan peribadi, keluarga, menyampaikan ilmu dan parti. Ketiga, saya sudah terlalu lama hilang harapan dan kepercayaan kepada UMNO dan pemimpin UMNO bagi menjaga agama, bangsa dan negara. Ada sahabat lama yang menjadi tetamu kepada Perhimpunan Agung UMNO menulis tentang ‘harapan’. Ada harapan dari UMNO? Track record menunjukkan ada sedikit jasa yang dibuat oleh UMNO, tetapi kerosakan, kebinasaan dan kemusnahan kepada sistem politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain menunjukkan ia lebih banyak. Saya memberi komentar ringkas-samada perkara besar atau kecil- dalam perkara berikut dari apa yang sempat saya ikuti dari Perhimpunan Agung UMNO kali ini:

1. Penggulungan Najib yang kosong

2.Doa Muhyidin lintang-pukang barisnya

3.Ulama muda UMNO jangan jadi pengampu

4.Ucapan Shahrizat emosional, bukan menjawab secara rasional

5. Rosnah bukan berucap, tapi bertempik

6. Perwakilan UMNO  yang 2×5 dengan pemimpinnya

Komentar ringkas:

1. Penggulungan Najib yang kosong

Saya cuba meneliti ucapan penggulungan Najib. Yang ada ialah menghentam Anwar Ibrahim dan PKR, Muhammad Sabu dan PAS dan hanya ayat-ayat pembangkit semangat kepada ahli-ahli UMNO. Lain dari itu atas sifatnya sebagai PM -pertumbuhan ekonomi dan misi Malaysia-negara maju berpendapatan tinggi. Ia hanya ulangan dari apa yang telah diketahui.

2.Doa Muhyidin lintang-pukang barisnya

Muhyidin membaca doa wehdah bagi mengakhiri ucapan penggulungannya dan mengetuai ucapan bai’ah. Waah! UMNO sudah berbicara tentang bai’ah. Pernah dahulu PAS dikecam dan diperlekeh atas isu bai’ah. Sekarang mereka pun ikut? Tahukah Muhyidin, pemimpin UMNO dan perwakilan UMNO bahawa doa wehdah itu mengandungi maksud dan erti yang sangat besar dalam menegakkan Islam? Adakah hati orang UMNO boleh diikat dengan ikatan iman atau ikatan projek? Adakah perjuangan UMNO berlandaskan Islam atau kebangsaan? Adakah mati syahid namanya jika yang diperjuangkan itu kebangsaan Melayu mengatasi Islam? Adakah mereka bertemu dalam Perhimpunan Agung UMNO ini untuk mengangkat Islam? Seribu satu soalan yang hanya mengundang jawapannya: TIDAK!

Baris-baris doa itupun lintang-pukang dibaca oleh Muhyidin dan kemudiannya diaminkan oleh yang lain. Itu orang Johor yang belajar kelas agama petang kitab MatlailBadrain. Kalau pemimpin UMNO dan perwakilan UMNO lain lagilah haru.

Dalam bai’ah sebelumnya pun, apabila sampai sumpah yang menyebut tentang taat dan setia walaupun calon mereka tidak dipilih atau mereka tidak dipilih menjadi calon, rasanya ada yang diam tu atau tergelak. Calon pilihanraya, kemudian menjadi wakil rakyat dalam UMNO bermakna dapat projek, wang dan habuan.

3.Ulama muda UMNO jangan jadi pengampu

fathul bariWakil ulama muda, Ustaz FathulBari difahamkan berucap supaya ‘jangan mengamuk atas mimbar atau pentas ceramah.’

Saya ingin mengingatkan beliau dan rakan-rakan selubuk bersama beliau supaya jangan mengampu pemimpin fasiq dalam masjid dan atas pentas ceramah.

Nabi SAW mengingatkan bahawa jihad yang afdhal ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim. Kalau hanya terhutang budi dapat tajaan belajar, naik pangkat dan berjawatan, lalu menjadi syaitan bisu maka ia sangat ironis bagi orang berilmu agama.

4.Ucapan Shahrizat emosional, bukan menjawab secara rasional

lembu nampak kain merahShahrizat menafikan ia terbabit dalam NFC dan tidak mahu menyentuh isu projek lembu dalam Perhimpunan Agung UMNO. Namun, beliau tidak dapat menahan geramnya lalu meluahkan perasaan ketika memberikan ucapan yang emosional. Beliau lupa bahawa beliau menjadi menteri pun ikut pintu belakang kandang. Menyingsing lengan baju dengan muka merah ibarat seekor lembu betina berdarah diterjah pedang matador. Mujur sahaja beliau masih waras ketika itu, kalau tidak entahlah apa yang akan berlaku.

5. Rosnah bukan berucap, tapi bertempik

Saya terdengar Rosnah memberikan ucapan melalui berita radio dalam kereta. Suaranya amat tinggi dan besar. Saya lupa isu apa yang diucap tapi dengan tubuhnya yang besar dan suaranya yang besar menjadikan ucapannya itu lebih kepada bertempik dari berucap. Wajarkah demikian bagi seorang bernama Ketua Puteri?

6. Perwakilan UMNO  yang 2×5 dengan pemimpinnya

Ada pemimpin dan perwakilan wanita UMNO lain bertepuk tangan ketika Shahrizat menjadi emosional dengan menyingsing lengan baju. Ada yang menyokong ketika perwakilan Kelantan mahukan TG Nik Aziz turun. Ada yang gelak apabila PAS diperlekeh. Ya! Perwakilan dan pemimpin UMNO seia sekata. Seia sekata menghambat habuan dunia. Seia sekata mencari pangkat dan harta. Seia sekata memandang remeh skandal besar melibatkan harta negara. Seia sekata menolak perjuangan Islam dibawa PAS dan hanya mengangkat perjuangan sempit rasis bangsa.

Hantar Komen Anda