Sesal Selepas Mati

sesalPetikan dari kitab BahrulMazi (tanpa diedit bahasanya): ‘Menyesal itu berlaku ia dahulu dari mati dan kemudian dari mati. Tetapi menyesal dahulu dari mati itu boleh buatkan iktibar dan pengajaran apa-apa yang telah menjadikan menyesal itu, dan tidaklah diperbuat lagi barang yang menjadikan menyesal itu. Ada pun menyesal di akhirat itu ialah menyesal kemudian dari mati, tidaklah dapat dijadikan iktibar dan pengajaran bagi diri kerana negeri akhirat itu bukannya negeri beramal bahkan negeri tempat mengambil balasan baik dan jahat jua. Dan menyesal di sana itu ada bermacam-macam rupa sesalnya. Ada yang menyesalkan dirinya kurang dari amalan. Dan ada yang menyesal akan diri tidak beramal. Dan ada yang menyesalkan diri tidak masuk Islam. Dan lain-lainnya daripada sesalan itu.’  (juz 16 ms 197-198)

(kuliah audio kitab BahrulMazi bilangan 173 dan 174)

Hantar Komen Anda