UMNO T’ganu ‘Brainwash’ Guru Dgn Peralat Jab. Pljrn T’ganu?

jpntDifahamkan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) telah menganjurkan kursus-kursus kepartian UMNO/BN dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT). Guru-guru termasuk Pengetua dan Guru Besar telah diwajibkan mengikuti kursus-kursus JPNT dengan kerjasama APMT. Dipercayai bahawa pembiayaan kursus ini disalurkan oleh AMPT. Tajuk kursus seolah-olah untuk meningkatkan profesionalisme guru tetapi isi kandungan kursus itu sebenarnya lebih banyak menjurus kepada ‘brainwash politik’.

Wajarkah sebuah agensi peringkat negeri mengganggu kakitangan awam persekutuan? Para petadbir sekolah dan guru-guru terpaksa meninggalkan sekolah berhari-hari dan bersiri-siri semata-mata kerana agenda politik kotor UMNO. Kursus diadakan di Melaka , Langkawi dan kini beralih tempat ke Gambang Resort, Kuantan.

Wajarkah wang rakyat negeri Terengganu dijadikan modal untuk mendapat pulangan politik kepada pihak UMNO?

Nampaknya UMNO terdesak mahu memujuk para guru supaya menyokongnya semula di saat kebobrokan UMNO dalam pelbagai aspek sangat ketara. Para guru pula sepatutnya boleh berfikir dan menilai apa yang diasak ke kepala para guru. Media baharu, politik dan isu semasa wajar didekati oleh para guru.

Apakah AMPT?

Dengan Visi dan Misi ini , APMT mempunyai rangkaian anggota kerja di peringkat Negeri, Parlimen, Dun, Peti undi dan saluran mengundi dengan kemudahan serta infrastruktur yang boleh di katakan kemas dengan teratur.

Fokus program /aktiviti kami di APMT adalah untuk memartabatkan kepimpinan YAB Menteri Besar  mengekalkan kerajaan Negeri serta memperkasakan UMNO sebagai sebuah parti yang menjadi tunggak Barisan Nasional. Dengan fokus ini berbagai strategi di atur merangkumi profil pengundi, cakna belia, sayangi masyarakat dan kekeluargaan ke arah melahirkan masyarakat yang berilmu dalam bentuk Flagship dan sebagainya.

Jelas bahawa APMT adalah agensi politik UMNO. Dengan itu, JPNT tidak sewajarnya terlibat dengan mengaturkan kursus-kursus kepartian UMNO atas pelbagai nama kursus yang direka. Justeru itu, ditegaskan agar pihak berwajib bertindak segera dengan menyiasat penyelewengan wang rakyat dan tenaga pendidik ini.

dari laman sesawang APMT:

KATA-KATA ALUAN DARIPADA PENGARAH AGENSI PEMBANGUNAN MASYARAKAT TERENGGANU(APMT)

APMT adalah satu entiti terus di bawah YAB Menteri Besar Terengganu yang mendokong Visi ke arah membentuk minda dan watak rakyat Terengganu yang terbilang serta menjadi bangsa Terengganu baru menjelang 2013.

Tunggak misi operasi kami adalah ke arah membebaskan masyarakat Terengganu demi sebarang belenggu ketaksuban fahaman politik yang sempit dalam usaha melahirkan insan yang berilmu dan berketerampilan berdasarkan teras-teras perkhidmatan berikut:

  1. Berpegang teguh kepada ajaran agama
  2. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
  3. Bekerja dengan penuh bertanggungjawab ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara
  4. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri
  5. Berkhidmat dengan penuh kemesraan
  6. Bekerjasama untuk membanteras sebarang kelemahan dan musuh Negara

Dengan Visi dan Misi ini , APMT mempunyai rangkaian anggota kerja di peringkat Negeri,Parlimen,Dun,Peti undi dan saluran mengundi dengan kemudahan serta infrastruktur yang boleh di katakan kemas dengan teratur.

Fokus program /aktiviti kami di APMT adalah untuk memartabatkan kepimpinan YAB Menteri Besar  mengekalkan kerajaan Negeri serta memperkasakan UMNO sebagai sebuah parti yang menjadi tunggak Barisan Nasional.Dengan fokus ini berbagai strategi di atur merangkumi profil pengundi,cakna belia,sayangi masyarakat dan kekeluargaan ke arah melahirkan masyarakat yang berilmu dalam bentuk Flagship dan sebagainya.

Adalah menjadi harapan saya agar segala strategi dan usaha yang di sumbangkan ke arah perlaksanaan kerja buat di APMT ini,di golongkan Allah sebagai ibadah dan amal soleh.sekian….

Komen (5)

  1. j says:

    wth da xde crite lg ke ha??? xhbs2 jhtkn org…cerminkn dri tu dulu la bro….

  2. Ustaz Nik Nasri says:

    UMNO memang jahatkan orang

  3. j says:

    owhhh yeahhhh???? da ckup baik sgt da kew??? law yew un nk mngutuk org xperlu la nk ltak pic bro….kesiannn kopiah dikepala tap suke jtuhkn maruah org…..abg2 bwk2 bertaubt la…..menulisla untuk kbaikn bkn untuk mnjahanmkn….assalamualaikum…..

  4. Ustaz Nik Nasri says:

    ini bukan mengutuk. ini kisah benar dalam program tersebut. Berani kerana benar sebab tu berani letak pic. kalau saudara berani, paparkan gambar saudara di sini.

  5. JKK Kikikiki says:

    abaikan ustaz,layan buatpe org gila

Hantar Komen Anda