Khutbah: Pengajaran Doa Nabi Ibrahim Bina Kaabah

albaqarah 127Hari ini Jumaat 21 Oktober 2011 (23 Zulkaedah 1432H). Saya berkhutbah di Masjid Kg Pasir Minal. Oleh kerana musim haji hampir tiba, saya fokuskan khutbah saya mengenai doa Nabi Ibrahim bersama anaknya Ismail alaihimassalam ketika membina Kaabah. Paling kurang ada 6 pengajaran dari doa itu buat umat Muhammad SAW.

(Bahagian akhir khutbah pertama terputus)

Pengajaran Doa Nabi Ibrahim Bina Kaabah (256)

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amalan kami). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhan kami! Utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur’an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Al Baqarah 127-129)

Katakunci:

-terima amalan

-jadikan kami berdua taat

-zuriat kami juga begitu

-tunjukkan ibadat haji/umrah

-terima taubat

-bangkitkan seorang rasul akhir zaman

Hantar Komen Anda