Solat: Ibadat, terapi utk sihat, motivasi lwn penjahat

terapi solatRamadhan penuh dengan ibadat

Puasa, sedekah, Quran dan solat

8 atau 20 yg penting buat

org dulu berlumba buat khairat

(beberapa artikel menarik tentang solat:

Terapi solat Rahsia Solat Tahajjud Rahsia pergerakan otot dalam solat

Posisi dalam ibadat solat beri kesan positif kepada kesihatan

Panduan Solat Berjamaah

Terawih bukan hanya solat

Tapi potensi diri digilap jgn berkarat

Diajar supaya anggota ada berkat

untuk lawan nafsu yang jahat

Solat sebagai ibadat cukup hebat

Lihatlah Salahudin al-Ayyubi yang membebas qiblat

Memilih pahlawan berjaga malam Allah didekat

untuk bebaskan Quds dari Tentera Salib pengkhianat

Demikian juga Muhammad al-Fatih pemuda hebat

Tak tinggal tahajjud semenjak usia meningkat

Rawatib dibuat walau hanya sunat

Bebaskan Konstantinopel dari tangan penjahat

Kajian terhadap solat dibuat

Gelombang otak dan lain-lain dilihat

Solat jadi terapi untuk sihat

Allah jadikan memang ada hikmat

Anda solat terasa lazat?

Atau hanya sekadar buat?

Berdiri untuk solat pun terasa berat?

Ertinya anda kehilangan satu nikmat!

Komen (5)

  1. [...] Sudah berapa lama anda solat? Kalau semenjak umur 6 tahun dan sekarang sudah berumur 46 tahun, bererti sudah 40 tahun anda solat. Ada peningkatan? Ada perbezaan? Satu nikmat yang kita hilang dari solat kita ialah khusyuk. Nikmat, kemanisan, sejuk mata hati, penenang jiwa. Nabi SAW mendapat nikmat ini. Demikian juga para Sahabat dan mereka yang beruntung. Tetapi adakah khusyuk itu mudah di dapati? Saya ingat ketika belajar di Jordan dahulu, seorang pelajar Arab bertanya kepada seorang pensyarah, Prof Dr Fadl Hasan Abas, pakar tafsir al-Quran, buta mata, cerah hati cara bagaimana untuk mendapat khusyuk dalam solat. [...]

  2. Nik Yahaya says:

    Assalamualaikum, Ustaz Nik,
    Memang khusyuk sewaktu mengerjakan solat itu sangat dituntut, tapi kadang2 ianya terganggu dek terlintas macam2 perkara bermain dalam fikiran, dengan demikian timbul rasa was-was bilangan rakaat dalam solat.
    Bagaimanakah untuk menghapuskan penyakit was-was ini?
    Sekian, terima kasih,
    Wassalam

  3. [...] orang yang solat itu dikira solat (dengan ertikata sebenar). Aku hanya menerima solat dari orang yang merendahkan dirinya kepada [...]

  4. abi danny says:

    kadang 2praktik solat malam dah lama..tapi nafsu tak dapat dijinak.tak tahu macam mana nak buat yer

  5. [...] ditunjukkan kepada saya rencana di bawah tentang kehebatan solat. Bukunya telah lama saya beli dan baca. Soalnya, kita sibuk dengan bentuk senaman yang datang dari luar, tapi kita lupa dalam solat yang [...]

Hantar Komen Anda