Indeks Masalah Fiqh Dari Kitab I’anah atTalibin

fawaid min ianah attalibin Ketika belajar di Jordan, saya juga bertalaqqi dengan almarhum Mufti Jordan, Sheikh Nuh Ali Salman al-Qudha. Saya beritahu kepadanya bahawa di Malaysia (seperti juga di wilayah Islam Pattani dan Indonesia), di antara kitab penting yang dipelajari di dalam sistem pengajian tradisional ialah kitab FathulMuin dengan huraiannya Hasyiah I’anah at-Talibin.

Beliau memberikan kepada saya satu naskhah ‘Fawaid min Hasyiah I’anah at-Talibin’ iaitu indeks masalah fiqh yang terdapat dalam kitab Hasyiah I’anah at-Talibin itu. Ia adalah salinan dari naskhah bapa kepada Dr Sheikh Nuh sendiri iaitu Sheikh Ali Salman al-Qudha. Sheikh Nuh pernah mempelajari kitab ini ketika beliau belajar di Syria di zamannya.

-kulit depan (398) dan indeks masalah fiqh dari kitab I'anah atTalibin (650)

Masalah-masalah fiqh ini dibuat berdasarkan cetakan lama Matbaah Mustafa al-Bab al-Halabi, cetakan ke 2 1928M/1256H dan cetakan baharu Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut, Lubnan, cetakan pertama 1995M/1415H.

Selepas lebih 10 tahun naskhah ini berada di tangan saya, dan Sheikh Nuh juga telah meninggal dunia, Alhamdulillah naskhah ini dapat discankan dan dikongsi bersama dengan orang lain, khususnya para pelajar pondok/pasantren, para pelajar agama yang ingin membuat rujukan masalah hasil pertanyaan orangramai  atau tesis BA/MA/PhD, para alim-ulama yang ingin merujuk sesuatu masalah dalam kitab ini dan sesiapa sahaja yang ingin mengambil manfaat darinya.

Saya cadangkan dimuat turun dan simpan dalam bentuk hardcopy agar mudah dirujuk.

Contoh petikan masalah yang dimuatkan dalam indeks ini:

Juz 1: Halaman cetakan lama: Halaman cetakan baharu:
was-was ketika ibadat 51 89
Hukum orang kafir berjunub membaca al-Quran 69 120
4 kategori aurat perempuan merdeka 113 192
Juz 2:
Jika imam bertakbir kali ke 2 kerana syak 40 68
Hukum memberi zakat mengimarahkan masjid 192 320
Juz 3:
Hukum mengelat dalam riba 21 35
Hukum mengambil harta melepaskan diri dari orang zalim 123, 156 268
Juz 4:
Nusyuz sedetik menggugurkan nafkah sehari 73 117
Mengambil upah menjadi hakim 231 381

Komen (4)

  1. mohd says:

    mencari terjemahan kitab ianatul tolibiin dalam bahasa malaysia.kalau ada, harap datang kongsi bersama.Jazakallah khairal jaza’

  2. Ustaz Nik Nasri says:

    kitab ianah x jumpa lagi. Kalau fathulmuin ada dlm bhs indon

  3. siti says:

    sy kne indek hadis dalam kitab sahih bukhari tentang haid…
    boleh x ust tolong bg sedikit pencerahan tentang assigment ni…

  4. Ustaz Nik Nasri says:

    emailkan kepada saya

Hantar Komen Anda