Ramadhan: Bulan ’self-audit’
Kita sedang berada di bulan Ramadhan. Setiap kali ia tiba, jiwa orang mukmin merasa sangat gembira. Di bulan inilah ganjaran dan pahala sangat besar disediakan oleh Allah. Ramadhan juga mengajar kita mengoreksi diri dan amalan kita selama ini. Senarai semak di bawah barangkali memudahkan kita membuat penilaian, muhasabah atau ‘self-audit’ sempena Ramadhan kali ini, dalam keadaan Ramadhan masih berada di awal.
1. sangat tidak setuju 2. tidak setuju 3. setuju 4. sangat setuju
Perkara yang dilaksanakan:
1. Kualiti puasa meningkat tahun ini
2. Mulut dipelihara dari memperkata sesuatu yang tidak baik
(cth: umpat, fitnah, bohong, bual kosong)
3. Telinga dijaga dari mendengar perkara yang tidak baik
(cth: umpat, fitnah, muzik, lagu)
4. Mata dipelihara dari memandang perkara yang haram
(cth: aurat perempuan asing)
5. Tangan dijaga dari membuat sesuatu yang haram
(cth: tandatangan borang tuntutan salah)
6. Kaki dipelihara dari berjalan ke tempat yang haram
(cth: ke kelab malam, konsert AF/ jomheboh)
7. Quran dibaca setiap hari
8. Quran dikhatam paling kurang sekali Ramadhan kali ini
9. Solat Terawih setiap malam 8 / 20 rakaat dan witir
10. Sedekah kepada fakir miskin
11. Iktikaf di masjid terutama di akhir Ramadhan
12. Menghidupkan malam mencari ‘Lailatul Qadar’
13. Merasai penderitaan sebagaimana fakir miskin
14. Zakat fitrah ditunaikan dengan nilai lebih
15. Berbelanja secara sederhana sepanjang Ramadhan
16. Kualiti kerja meningkat
17. Jiwa rasa lebih hampir dengan ALLAH
Ini adalah di antara perkara yang boleh dinilai oleh empunya diri. Tambahlah item yang anda rasakan tertinggal. ‘Tepuk dada, Tanya iman.’. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan tahun lepas.

