26 tahun di kubur, mayat mewangi dan masih utuh
Dalam sejarah Islam, banyak kisah yang didengar tentang mayat yang tidak dimakan bumi, masih wangi dan tidak reput. Ketika di Jordan, beberapa orang teman pernah menceritakan tentang bau wangi di medan Mu’tah, tempat berlakunya Perang Mu’tah dan syahidnya beberapa orang sahabat hebat di situ.
Bekas guru saya, Sheikh Nuh Ali Salman al-Qudha, Mufti Jordan, pernah memberitahu bahawa ketika beberapa buah kubur di suatu tempat di Jordan mahu dialihkan ke tempat lain atas sebab pembangunan, ada mayat-mayat yang puluhan tahun telah ditanam masih segar dan mengalir darahnya. Bila diselidik, mayat itu ialah tentera Jordan yang pernah terlibat dengan salah satu peperangan dengan tentera Israel.
Di Indonesia, berita mayat Kiai Abdullah yang mewangi dan masih utuh menarik perhatian. Agaknya apa pegangan, amalan dan akhlak beliau sewaktu hidupnya yang ditunjuk oleh Allah melalui mayat dan kuburnya itu?
Saya petik beritanya tanpa diedit: Mayat harum selepas 26 tahun ditanam

