Konsep Kebajikan Menurut Islam

Membangun Negara BerkebajikanInsyaAllah Dewan Ulama PAS Terengganu akan menganjurkan Nadwah Ulama Rabu depan (20 Julai 2011) berdasarkan tema Muktamar PAS ke 57: Membangun Negara Berkebajikan. Ia akan dibentangkan oleh Presiden PAS sendiri insyaAllah. Dan jika diizin Allah juga, buku Tok Guru mengenai Negara Berkebajikan itu akan berada di nadwah itu. Jika tidak, kertasnya ada. Konsep ini sangat penting difahami. Ia berbeza dengan negara kebajikan (welfare state). Ia juga jauh dari apa yang difahami oleh pemimpin dan penyokong BN mengenai kebajikan yang kononnya telah lama dibuat oleh kerajaan BN.

Dalam kitab Bahr al-Mazi yang sedang saya kupas sekarang dalam kuliah Maghrib di sebuah masjid, terdapat satu bab iaitu Bab Kebajikan Dan Dosa. Ia bertolak dari satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada anNawwas bin Sam’an bahawa seorang lelaki bertanyakan Nabi SAW tentang kebajikan dan dosa. Sabda Baginda: ‘Kebajikan itu ialah baiknya perangai dan dosa itu apa yang engkau rasa tidak sedap dalam hatimu dan engkau benci orang lain melihatnya.’ Saya mengupas hadis ini, termasuk ayat 177 surah al-Baqarah yang menerangkan hakikat kebajikan menurut Islam dalam kuliah bahr al-Mazi Bab Kebajikan Dan Dosa (audio) di sini.

Hantar Komen Anda