Ucapan Dasar Presiden PAS: ‘Membangun Negara Berkebajikan’

perasmian pimpinanSelepas 8 tahun Dewan Ust Fadhil Nor, Taman Melewar sepi dari muktamar, maka kali ini pada 1-3 Rejab 1432H/3-5 Jun 2011 ia bergema untuk ke sekian kalinya dengan suara-suara pemimpin dan perwakilan dalam muktamar tahunan PAS kali ke 57. Wajah baharu Dewan Fadhil Nor amat menarik dan bersifat kontemporari, namun rupanya PAS perlu mengakui realiti bahawa dewan itu dan kawasan sekelilingnya sudah tidak mampu menampung pertambahan perwakilan dan limpahan pemerhati yang datang. Demikian juga tempat letak kereta dan kenderaan.

Presiden PAS menyampaikan ucapan dasar cukup bernas, isi yang kemas, suara mantap dan tegas, yang mesti dijadikan bahan diskusi dan perbincangan tanpa jemu dan puas sehingga PRU yang ketigabelas. Saya sempat mencatat beberapa isi penting untuk dikongsi bersama:

ucapan dasar Presiden PAS Muktamar ke 57-pdf (271)  .

1ucapan dasar (178)  ,  2ucapan dasar (161)  ,  3ucapan dasar (158)

-kita mewarisi kesinambungan perjuangan terdahulu

-PAS-parti politik, gerakan dakwah, harakah Islam, ada nilai ibadah bergerak melaluinya, amal soleh yang mesti dilakukan sepanjang hidup-amal itu melalui PAS

-ahli mesti komited dengan Islam-peranan Majlis Syura Ulama

-kita bawa mesej Islam-dakwah, politik-’kedatangan Nabi sebagai rahmat kepada alam’

-perjalanan PAS-pembangkang, bergerak sendirian, kerajaan campuran, tahaluf siyasi

-beza tahaluf siyasi PAS dlm PR dengan wala’ UMNO dlm BN

-PAS punya ciri kumpulan Islam-alkhair-Islam syumul, al-amr bil-makruf, annahy an-almungkar, negara yang memerintah

-tema ‘membangun negara berkebajikan’: paksi Islam sempurna-roh dan jasad, hubungan manusia dgn Allah, ambilkira semua aspek hidup

-ada beza dasar dan konsep parti-parti dalam PR, tapi bersetuju dlm perkara-adil, rasuah, zalim dll

-konsep kebajikan penting: peneraju negara berkebajikan mesti bertaqwa, pemimpin politik dahulunya nabi, amal politik-amal soleh, kepimpinan PAS ada testimoni-Kelantan, Kedah, kerajaan pemegang amanah-agih harta menyeluruh, bukan hanya di sekitar kroni

-aspek kebajikan-kerajaan bertanggungjawab-perkara asasi-makanan, tempat tinggal. Kerajaan jangan berniaga dgn rakyat. Ibn Khaldun: ‘K’jaan berniaga dgn rakyat rosak’

-konsep negara berkebajikan melalui Buku Jingga. Sebahagiannya telah dilaksanakan-tol, cukai dll

-negara berkebajikan bukan material shj-sejahtera rohani dll

-indeks kesejahteraan-kerukunan rumahtangga, undang-undang yg mendidik rakyat, gotong-royong, rakyat berlumba buat kebajikan

-agenda batalkan fahaman salah: pemimpin UMNO x boleh jadi pemimpin contoh, politik suku agama suku dah lama hilang, corak pentadbiran salah, bangsa pegang Islam hebat, tinggal Islam hina

-urus khazanah negara-delivery system, taqdim al-aham min almuhim (dahulukan yang lebih penting dari yg penting)

-demokrasi tempang-media cari makan, perbodoh rakyat- kisah Firaun

-jihad lawan pemerintah-demokrasi sihat

PRU 13: Tok Guru arah siap utk PRU 13, kawasan fokus 70% aktvt dekati pengundi atas pagar, belum buat keputusan

-cabaran ulama: berilmu tapi x faqih, berdepan dgn syaitan bisu, kumpul ahli berjemaah bersama PAS

-uslub pengajian sedarkan msyrkt dgn fahaman salah-konsep inzar (beri peringatan), ulasan dari ulama, tambah ilmu pengurusan, kontemporari dll

-cabaran pemuda: faktor undi penentu, jinakkan, meriahkan, selamatkan mereka, Akademi Latihan Pemuda-mantapkan

-cabaran Muslimat: jihad fardhu ain dll

DHPP: mesej Islam..

Faktor kejayaan:

1.faham tujuan perjuangan, istiqamah, perkasa organisasi

2.faham tema muktamar ‘Membangun Negara Berkebajikan’ dan cambah/gerakkan

3.perkukuh/erat ukhuwwah fillah, persiap jentera

4.faham tahaluf siyasi

5.perluas aktiviti bebaskan demokrasi

6.mantapkan jentera penerangan-agenda perjuangan

7.murni dan bersihkan politik jijik/fitnah/perkauman

8.perkukuh prinsip semak-imbang

(Saya catatkan apa yang saya dengar dan faham. Buku ucapan dasar diterima sebelah petang)

Komen (2)

  1. [...] konsep ‘Negara Berkebajikan’ yang menjadi tema Muktamar PAS ke 57 yang lepas. (intisari ucapan dasar)  Tahniah dan syabas [...]

Hantar Komen Anda