Kembara Ilmu 1:Tinggalkan U kerana minat bahasa Arab

syeikh-a-samad-al-falimbanyDalam perkongsian ilmu secara ringkas sebelum ini, saya sebutkan tentang pengalaman pencarian ilmu. Masing-masing mempunyai pengalaman dalam mempelajari bahasa Arab, terutama bagi mereka yang melaluinya menurut jalan sedikit berbeza dari orang lain.  Mungkin saya salah seorang dari golongan itu.

Minat saya terhadap bahasa Arab berputik semenjak di tingkatan 4 Sekolah Alam Shah, Ceras, Kuala Lumpur. Ada beberapa faktor yang menarik minat saya itu:

1. Ustaz yang mengajar kami Pendidikan Islam dalam program usrah bersamanya secara khusus, terutama ketika menghuraikan ayat-ayat al-Quran sering memberi semangat dan motivasi supaya mempelajari bahasa Arab. Ketika itu tiada pelajaran bahasa Arab di SAS. Kami dalam aliran sains tulen.

2. Saya teruja dengan TGHH yang ketika itu begitu masyhur dan sedang meningkat naik dengan pidatonya yang hebat. Beliau dikatakan sudah menguasai bahasa Arab dengan baik dalam usia yang cukup muda.

3. Arwah datuk saya seorang imam masjid, tenaga pengajar di masjid dan surau. Beliau cukup minat dengan kitab agama. Barangkali semangat dan kecenderungan itu turun kepada cucunya yang sulung ini.

Saya teruskan pengajian formal. Di samping itu semangat mencari bahasa Arab dan ilmu agama terus membara.

Selepas SPM, sementara menunggu keputusan SPM, saya mengaji kitab dengan beberapa orang ustaz dan tuanguru. Kitab Faridah al-Faraid dalam bidang tauhid dari arwah seorang ustaz, kitab Kifayah al-Muhtadi karya Syeikh Muhammad Nur alFathani yang merangkumi tauhid, fiqh dan tasauf dari arwah datuk saya, Hj Wan Harun b Wan Husin, kitab  syarah Hikam Ibn Ataillah dan Sair as-Salikin dalam tasauf, Bughyah ath Tullab dan Sabil al-Muhtadin karya Sheikh Muhammad Arsyad AlBanjari dalam bidang fiqh dari arwah Hj Wan Abdullah, bapa kepada mudir Pusat Pengajian Taman Islam, Kemaman, serta beberapa buah lagi. Ketika itu juga, setiap Jumaat akan berulang-alik ke Masjid Rusila mendengar kuliah Jumaat Tok Guru.

Selepas itu saya memasuki matrikulasi sains UKM di Sekolah Sultan Mahmud, KT dan seterusnya di Fakulti Sains Fizis Gunaan, UKM, Bangi. Di UKM, saya dan beberapa teman dari Fakulti lain (selain Fakulti Pengajian Islam) sering menunggang motosikal bersama mencari ilmu. Kami ke Kajang, bertuangurukan arwah Ustaz Haji Hashim. Beliau lama belajar dan menetap di Mekah. Banyak kitab jawi yang kami ‘menadah’ dengannya.

Ketika cuti semester panjang tahun 1, senior dan naqib saya, Ustaz Mohd Nor Omar (beliau juga dalam bidang sains asalnya seperti saya, bukan dari Fakulti Pengajian Islam, sekarang di Melaka) beritahu di Negeri Sembilan ada seorang tuanguru di sebuah pondok yang khusus mengajar Tatabahasa Arab. Beliau anjurkan kami ke situ. Bersama dengan sekitar berbelas sahabat dari UKM dari pelbagai Fakulti, kami belajar bahasa Arab (Nahu dan Saraf) dari arwah Hj Ali b Hj Musa di pondok Kg Siliau, Rantau, N.Sembilan.

Bermulalah satu penerokaan baru dalam pembelajaran bahasa Arab bagi saya. Metod yang digunakan untuk memahami ‘ibu’ dan ‘ayah’ kepada bahasa Arab ini menarik hati saya. Ketika itu bulan Ramadhan. Saat-saat akhir sebelum Syawal dan meninggalkan pondok, tok guru menyebut dalam satu kuliahnya: ‘Kalau saya dapat seorang sahaja dari kamu ini untuk tinggal di pondok ini, alangkah baiknya.’ Barangkali tok guru kagum melihat betapa cepatnya kami memahami apa yang diajar.

Saya tidak pernah terfikir meninggalkan UKM. Namun apa yang saya dapat walaupun dalam tempoh yang singkat menyebabkan saya mula istikharah sendiri. Saya membuat keputusan berhenti dari UKM. Fikir saya: ‘Kalau saya dapat apa yang pernah saya cari selama ini, dan mahu menunggu sehingga selesai pengajian, mungkin saya akan berfikir untuk bekerja pula, bukannya mencari ilmu.’ Justru saya nekad meninggalkan UKM walaupun ada beberapa orang sahabat memujuk supaya kembali ke UKM.

Kembara Ilmu 2: 8 bulan di pondok Hj Ali b Hj Musa (insyaAllah)

Komen (13)

  1. ries says:

    salam.us.nik,

    Alhamdulillah,selesai bacaan kembara us nik,membuatkan ana berdetik kembali saat sinar cahaya(petunjuk) yg sama sblm ini,ana percaya ianya adalah pengalaman bg us nik

  2. Ustaz Nik Nasri says:

    kembara ilmu adalah pengalaman peribadi yang ingin dikongsi dengan orang lain agar dijadikan motivasi dan dorongan.

  3. Nizam (adik bongsu) says:

    Untung dapat abang sulung macam ni. Semoga abgyi teruskan usaha mencari ilmu lagi lepas-lepas ni.

  4. [...] Kembara Ilmu 1 sebelum ini, saya menceritakan tentang minat saya yang mendalam kepada bahasa Arab sehingga [...]

  5. Abdul Ghani Bin Abu Bakar says:

    salam ustaz…
    dmana saya boleh mempelajari bahasa arab sedangkan saya sedang bekerja di sektor awam? cuma masa yang ada hanyalah pada waktu malam & ari2 minggu…
    saya bekerja di kuala kangsar & menetap di ipoh.
    harap ustaz dapat membantu saya…
    salam…

  6. Ustaz Nik Nasri says:

    nampaknya kena cari sendiri sebelah sana, maaflah, takde orang yg dikenali di sana.

  7. nurul says:

    assalamualaikum ustaz. saya hndk brtnye pndpt ustz..sy sdg mnggu kptsn spm skrg dan sy brmint utk mmplajari bhsa arab. tetapi sy tiada asas lgsg.. dan sy sgt mint untk kearah bidg islam, ttapi ipta skrg hnya mahukn plajr yg tlh ade asas b.arab,sdgkn sy seorg pljr aliran sains..sy hndak minta pndpt ustaz dlm hal sy ini. dan sy jge prnh trfikir untk msuk mdrasah untk lbh mndalami ilmu2 agama. Adakh sy tlh trlmbt utk msuk ke mdrsh? itu sahaje.
    terima kasih ustaz.

  8. Ustaz Nik Nasri says:

    waalaikumussalam. Minat itu bagus. kalau saudari baca kisah saya, ia menunjukkan umur lewat tak menjadi faktor penting. Yang penting kesungguhan dan cara belajar yg betul. Utk masuk madrasah atau tidak, terpulang. Solatlah istikharah dulu, minta petunjuk dari Allah. Kalau sambung IPT biasa pun, kalau pandai cari tempat belajar pun boleh. Tepuk dada tanya iman.

  9. ukhti aqilah says:

    salam ustaz, saya pelajar IPTA saya berniat nk keluar dr U dan mendalami ilmu2 agama di pondok, saya juga dlu dari aliran sains, tp selepas keluar dr pondok saya bercadang nk amik STAM, boleh ke saya amik STAM selepas keluar pondok? sedgkn dulu saya bukn dr sma atau smka

  10. Ustaz Nik Nasri says:

    boleh ambil STAM

  11. Jamilah Mohamad says:

    Assalamualaikum

    Saya sedang mencari ustaz atau ustazah untuk mengajar anak perempuan saya yang belajar di tingkatan 2

    Mohon sangat2…sekiranya ada orang yang sudi ajarkan dia bahasa arab di sekitar Melaka.

  12. Ustaz Nik Nasri says:

    Maaf, saya tidak ada maklumat di Melaka

  13. ramlah haneefa says:

    assalam ust..mohan petua atau nota nahu dan sarof ust..emailkan ke ramlah.haneefa@yahoo.com. syukron.

Hantar Komen Anda