Cadangan Teks Khutbah Jumaat: Jauhi Fitnah

sumpah laknatFitnah dalam pelbagai bentuk seakan-akan menjadi satu budaya baharu dalam masyarakat Malaysia, khususnya Melayu yang mendakwa diri mereka muslim. Namun, hakikatnya ciri-ciri seorang Islam yang beriman tiada pada dirinya. Tidak takut kepada Allah, bahkan berani bersumpah dengan nama Allah demi sebuah cita-cita mendapatkan habuan dunia dan melepaskan diri dari kegelojohan sikap sendiri. Isu terbaharu, fitnah seks dan sumpah dalam masjid, walaupun ia ditujukan kepada satu tubuh dan individu secara khusus, namun dibimbangi akan merebak dalam masyarakat menjadi kebiasaan yng membahayakan institusi masyarakat. Justeru, Lajnah Ulama Pelapis PAS Pusat telah menyediakan teks khutbah Jumaat bertajuk ‘Jauhi Fitnah’ bagi memberikan kesedaran dan kefahaman mengenai isu yang sedang berlaku menurut perspektif Islam.

Teks Khutbah Jumaat: Jauhi Fitnah (1281)

Hantar Komen Anda