Sahabat SAS84: Usia Kita Sudah 44 Tahun Ya!

kawan SAS84Saya baharu sahaja menyambut ulangtahun ke 44 beberapa hari lepas. Kebetulan juga melihat gambar kawan-kawan lama di yahoogroup. Masih ramai yang dikenali walaupun tak sempat ditemui. Semuanya nampak segak-segak dan handsome belaka. Kalau zahirnya segak, kemas dan menarik, biarlah yang dalaman itupun demikian juga. Saya pernah menulis artikel tentang kita wahai para sahabat tentang usia sudah 40 tahun sebelum ini. Ingatan itu buat diri saya dan kita bersama. Beberapa orang sahabat telah pergi meninggalkan kita. Mereka membawa amalan dan bekalan masing-masing. Di alam barzakh, mereka bersemadi dengan dunia tersendiri. Kita juga akan menuruti mereka. Kot, talileher, gelaran Dato’, geran tanah, kereta, jawatan, akaun bank, rumah, isteri dan anak-anak akan ditinggalkan juga. Kesempatan hidup sementara pergunakanlah sebaik mungkin. Mudah-mudahan gambar seperti di sini akan menemukan kita semula di perkampungan kekal di SANA, insyaAllah.

Komen (2)

  1. Nor Azlan Zainal Abidin says:

    Ustaz Nik,
    Kena selalu keep in touch dengan kami ni dan selalu sesama kita mengingati akan tanggung jawab kita kat dunia. Ustaz dah diberikan Allah kelebihan dengan bab agama dan amat dihargai kalau senantiasa dapat berkongsi ilmu dengan kawan2 di SAS84. Masuk facebook pun ok.

    Azlan

  2. Ustaz Nik Nasri says:

    facebook takut x sempat nak jawab. portal ni pun ok

Hantar Komen Anda