Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah

Ku Damba Cintamu Ya RasulullahFilem ‘Innocence of Muslims’ membangkitkan kembali rasa kasih umat Nabi Muhammad SAW kepadanya. Kasih dan cinta yang wajib ada dalam diri seorang Islam yang tidak bermusim. Bagi menyuburkan rasa kasih dan cintakan Nabi ini sepanjang masa, buku ‘Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah’ saya tuliskan.

Alhamdulillah. Pujian seinfinitinya di rafa’kan ke hadrat Ilahi. Karya ini asalnya catatan ringkas dari kitab Syuab al-Iman tentang kasihkan Nabi. Menjadi bahan ceramah dan kuliah semenjak tahun 2000 lagi. Dipanjangkan bahan dan diluaskan perbahasan menjadi buku dengan olahan tersendiri. Ia bukan sirah Nabi secara kronologi. Ia berkisar sekitar sebuah cinta suci.

Selepas disiapkan, hampir beberapa lama terbengkalai tak tahu ke mana mahu dibawa pergi. Cuba pohon ISBN, dapat, tapi kemudian cetak ada masalah lagi. Solat Istikharah, serah kepada PTS, akhirnya menjadi realiti. Kemunculannya berbetulan sempena MaulidurRasul 1432H (sekarang 1433H) yang menanti. Buat saudara, berusahalah memiliki buku ini.

Sinopsis:

“Tak kenal maka tak cinta,” Pepatah Melayu sudah lama menyebut demikian.

Allah menyebut, “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi (kepada umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang ingkar) dan juga penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan petunjuk yang diberikan-Nya dan lampu yang menerangi.” (surah al-Ahzab: 45-46)

Ayat ini dimulakan dengan bentuk kemuliaan daripada Allah. Dia menyeru Muhammad bin Abdullah dengan panggilan ‘Nabi,’ dengan tugas, dengan pangkat kenabian, pangkat yang tidak boleh dicari sendiri di atas dunia ini seperti pangkat dan kebesaran lain.

Sekiranya ada seorang raja yang hebat, baginda akan menghantar utusan yang hebat, Begitu juga Allah, raja bagi segala raja, pastinya Dia mengutus utusan yang terbaik di kalangan hamba-Nya. Beliau mengutuskan Muhammad, manusia yang paling baik dan mulia di kalangan manusia.

Buku Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah, adalah himpunan yang khusus mengenai Nabi Muhammad dengan olahan tersendiri. Ia bagi menarik perhatian pembaca khususnya generasi muda supaya mengenali Nabinya, mengetahui latar belakangnya, melahirkan rasa cinta sekaligus menurut jejak langkahnya. Dengan cinta kepada Nabi Muhammad, cintanya tersusun dan terarah. Mungkin cinta umatnya kini terpisah antara alam dunia dan alam akhirat, namun cintanya akan mempertemukan dengan Nabinya, kekasihnya di akhirat kelak.
——–

Iqra: Selami keistimewaan Nabi Muhammad

2011/02/09

pix_gal0

KEISTIMEWAAN Muhammad bin Abdullah hanya pada namanya kerana tidak ramai kalangan generasi hari ini apabila diminta, boleh menceritakan kisah junjungan nabi yang diutuskan Allah untuk umat sekalian alam.

Paling tidak pun, ingatan mereka kembali segar apabila selawat serta salam dikumandangkan pada majlis sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setiap kali memperingati hari kelahiran Baginda SAW pada 12 Rabiulawal, yang jatuh pada 15 Februari 2011.

Justeru, PTS Islamika Sdn Bhd meneruskan kempen mendedahkan riwayat insan agung ini melalui penerbitan buku mengupas keistimewaan Nabi Muhammad melalui pelbagai perspektif berbeza supaya Baginda bukan hanya dikenali sebagai nabi tetapi, ikon manusia sejagat.

Terpilih sebagai personaliti di tempat pertama dalam senarai The 100, a Ranking of the Most Influential Persons in History oleh Michael H Hart, diharap keagungan Nabi Muhammad akan menarik minat semua untuk mengenali seterusnya jatuh cinta kepada pemilik gelaran al-Amin itu.

Antara buku yang boleh dijadikan rujukan ialah Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah, Uswatun Hasanah Meneladani Rasul Meraih Cinta Allah, Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit dan Rahsia Cinta Segi Muhammad.

Buku susunan Nik Muhammad Nasri Nik Malek bertajuk Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah mengajak pembaca melahirkan perasaan cinta yang sebenar dengan mengenali Nabi Muhammad selain perkara dan orang yang dicintainya. Maka dengan cara itu, kita boleh menerapkan ciri atau nilai yang dijelaskan supaya dapat meraih cinta Rasulullah SAW kerana kejayaan meraih cinta Baginda sebagai contoh teladan terbaik sama seperti berjaya meraih cinta Allah.

Cinta Segi Tiga Muhammad pula membongkar hubungan Allah, Muhammad dan umatnya kerana konsep cinta segi tiga tidak sama dengan cinta tiga segi yang lebih didorong perasaan cemburu atau iri hati.

Selepas ini, sebut saja siapa Muhammad, pastinya banyak kisah menarik mengenai Baginda untuk dikongsi kerana rahsia semuanya sudah tersingkap melalui riwayat diceritakan dalam Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah, Uswatun Hasanah Meneladani Rasul Meraih Cinta Allah, Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit dan Rahsia Cinta Segi Muhammad.


Bagi yang mahu mendapatkannya boleh mendapatkannya di kedai buku atau belian online PTS

Ralat Cetakan Pertama:

Bil Mukasurat Kesalahan Pembetulan
1 4 ..melalui 2 karyanya, Fiqh Sirah dan Nur al-Yaqin ..melalui karyanya Fiqh Sirah dan Sheikh Khudari Bik melalui karyanya Nur al-Yaqin
2 9 (Direkodkan oleh Ahmad, Bukhari dan Ibn Abu Hatim dalam tafsir..) (Direkodkan oleh Ahmad, Bukhari dan Ibn Abu Hatim)

(Tafsir al-Munir..) tanpa perkataan ‘dalam’

3 10 ..dilantiknya Muhammad ..diseruNya Muhammad
4 12 Teks ayat Teks ayat al-Quran yang betul, terjemahan betul, kecuali: mereka berkata. Sepatutnya: …mereka diseru
5 14 Bukan Uqbah yang merekodkan kerana Uqbah kufur Dalam satu riwayat, Uqbah…
6 15 Ubai bin Kaab Ubai bin Khalaf
7 47 ..di rumah Arqam bin Abi al-Arqam (cerita tak habis) Ditambah: Umar mengucap 2 kalimah syahadah di hadapan nabi dan terus bersedia mempertahankan nabi menegakkan Islam
8 49 ..menjadi jajni ..menjadi janji
9 49 Ibn hajar Ibn Hajar
10 59 Innak Innaka
11 104 Allah menerangkan: ‘Wahai orang yang beriman..’ ‘Wahai orang yang beriman’ tak jadi bilangan 11, Cuma sambungan ayat. Kesinambungan bilangan kena baiki
12 105 ..seperti ungkapan “Bandingan…’ Bilangan 8 dan 9 dibuang. Ia adalah sambungan ayat
13 120 Teks ayat silap Betulkan teks ayat Quran, terjemahan betul
14 122 Teks ayat silap Betulkan teks ayat Quran, terjemahan betul
15 129 Fiqh Sirah dan Ibn Kathir Ibn Kathir Bab 3 ms 633-padamkan Fiqh Sirah
16 Bibliografi perlu tambahan lain-lain buku, artikel-artikel dari Islamonline

Komen (9)

  1. [...] dalam buku saya ‘Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah’ pada bab 3, saya memberikan beberapa tip yang boleh dibuat secara praktikal bagi menyuburkan rasa [...]

  2. Assalamualaikum. Buku ini ada dijual di Pustaka Munirah, KM 1, Jalan Air Putih, Kemaman (berdekatan dengan MPK) tel 09-8503431 atau di cawangan kami di K9690, Tmn Chukai Utama (belakang Celcom), tel 09-8503430.

  3. Ustaz Nik Nasri says:

    Sesiapa yang tinggal sekitar Kemaman boleh beli di Pustaka Munirah.

  4. Nor Azlan Zainal Abidin says:

    Ustaz Nik,
    Berminat nak beli tapi duduk diKL. Ada maybank2u akaun?

  5. Ustaz Nik Nasri says:

    buku ni kat kedai-kedai buku sekitar KL banyak. Mudah cari insyaAllah.

  6. UMMIJIHAN says:

    Assalamualaikum Ustaz, Alhamdulillah tahniah kerana berjaya menghasilkan buku tersebut. Insya Allahsaya akan dapatkan bukutersebut. Semoga ustaz diberikan kekuatan untuk menghasilkan lebih banyak bahan penulisan yang dapat dikongsi oleh ummat.

  7. Ustaz Nik Nasri says:

    terimakasih. tolong promosikan buku tersebut kepada sahabat-sahabat lain. Sedang menulis buku-buku lain.

  8. SAIFUL says:

    BUKU AGAMA ATAU MCM NOVEL……

  9. Ustaz Nik Nasri says:

    Buku agama

Hantar Komen Anda