Dr Fadhl Hasan Abas: Mata Buta, Hati Tidak- Kembali Ke Rahmatullah

Dr Fadhl Hasan AbasSaya mendapat berita dari seorang sahabat lama tentang kematian seorang ulama besar kelahiran Safuriah, Palestin pada tahun 1932 dan menetap di Jordan sejak sekian lama. Dr Fadhl Abas dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju Mekah menunaikan umrah. Ketika di Jordan, saya sempat beberapa kali mengikuti kuliah dan ceramah beliau di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. Dr Fadhl lebih banyak berada di Universiti Jordan, Amman. Hanya sesekali datang ke Universiti Yarmouk. Saya masih ingat dua perkara yang dikupas oleh beliau: tentang khusyuk solat dan tentang kekuatan tentera Israel.

Tentera Israel sebenarnya sangat penakut. Mereka takut kepada batu walaupun senjata mereka canggih. Kekuatan mereka bergantung kepada Amerika, tidak kekuatan mereka sendiri. Kalau mereka menyerang, hanya dari belakang tembok dan penghadang. Allah ceritakan perkara ini di dalam al-Quran.

Buku karya Dr Fadhl Hasan Abas agak banyak terutama Ulum al-Quran. Beberapa buah bukunya saya beli, termasuk Nafahat Min al-Isra’. Ketika Dr Muhammad asSiyam, mamtan imam Masjid al-Aqsa datang ke Kemaman tempohari, saya sebut nama Dr Fadhl Hasan Abas, beliau mengenalinya. Dalam usia 79 tahun, Dr Fadhl Hasan Abas menemui RabbulJalil, Kekasihnya buat selama-lamanya. Beliau barangkali tidak dikenali di langit dengan taraf Prof Doktornya, tetapi iman, amal, bekalan dan istiqamahnya.

Komen (1)

  1. mohd nasir bin lbrahim says:

    Assalaamu’alaikum. terima kasih Ustaz diatas ilmu dan maklumat yang telah Ustaz sediakan dihalaman ini mengenai kekhusyukan di dalam solat. Jazakallaahu khairankathira, wabaarakallaah

Hantar Komen Anda