DUN Terengganu, DUN Perak, mana dulu bubar?
YAB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak yang sah telah meluangkan masanya bersama-sama DUN Cukai dalam satu majlis makan malam sempena pelancaran kutipan dana PRU 13 DUN Cukai.
(lihat: buletinonline)
Kehadiran di sebuah restoran di Kemaman ini yang diperuntukkan hanya untuk 600 tempat mendapat sambutan hangat sehingga terpaksa ditolak sebahagiannya kerana tempat terbatas.
Ramai yang mengambil peluang mahu mengenali YAB Nizar, termasuk anak-anak muda dari Kemaman, yang tentunya begitu jauh dari Perak ini.
Banyak perkara yang dibangkitkan oleh Nizar-isu DUN Perak, pegang lilin, royalti minyak Kelantan, Terengganu dan pilihanraya.
Perak dan Terengganu sekarang berdepan dengan pelbagai kemungkinan pembubaran DUN. Terengganu dengan isu 2 kem Ahmad Said dan Idris Jusoh serta isu rasuah. Perak pula dengan DUN yang sehingga kini sebenarnya masih belum stabil. Mana dulu yang akan bubar? Sama-sama kita nantikan. Nampaknya tahun 2009 ialah tahun berpilihanraya kecil.


[...] Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Beliau tidak hadir. Tak pasti alasannya. Datuk Seri Nizar Jamaludin hadir, bersama isteri dan ramai penyokong, menunjukkan kesungguhan terhadap kempen mengembalikan Perak kepada PR yang dipilih rakyat dalam satu PRU. Keputusan Mahkamah dihormati, tetapi perkara yang ada di dalam hati sanubari bukanlah sesuatu yang boleh dibuat-buat. Saya bukan rakyat Perak, walaupun saya pernah turun berkempen hanya beberapa hari untuk PRK Bukit Gantang tempohari. Tetapi saya adalah rakyat Malaysia yang mahu melihat demokrasi subur tanpa tindakan culik ADUN, tawar rasuah atau ugut, rampas kerusi Speaker DUN dengan cara kasar dan lain-lain tindakan kebudak-budakan. (Gambar: Makan malam DUN Cukai) [...]