Mantan Imam Masjid al-Aqsa Terus Berceramah Selagi Ada 3 Perkara

kuliah subuh sheikh mahmud muhammad assiyamSheikh Mahmud Muhammad as-Siyam, mantan imam Masjid al-Aqsa menyebut dalam satu kuliah subuhnya di surau Kampung Jaya, Cukai, Kemaman (mungkin juga sebagaimana di tempat lain) bahawa beliau akan terus membicarakan isu Masjid al-Aqsa selagi ada 3 perkara:

i. beliau masih hidup-darahnya masih mengalir-nadinya masih berdenyut. (kuliah audio di bawah)

ii. ada orang Islam yang mahu mendengar tentang Masjid al-Aqsa seperti umat Islam di Malaysia

iii. Masjid al-Aqsa dan Palestin terus dijajah oleh Yahudi sehingga dibebaskan.

Beliau juga menyebutkan beberapa kepentingan Masjid al-Aqsa dari sudut agama terutama melalui ayat pertama surah al-Isra’. Dari sudut politik beliau mengingatkan umat Islam agar tidak menyerahkan dan membiarkan bumi yang sangat penting itu kepada musuh di kalangan Yahudi. Beliau juga mengibaratkan HAMAS dan PAS seperti sekeping wang kertas-muka depan dan belakang-2 bersaudara.

Sheikh Mahmud Muhammad as-Siyam dalam rangka lawatan ke Malaysia dan mengutip bantuan untuk Palestin. (Untuk catatan, Sheikh Mahmud as-Siyam sudah datang ke Malaysia semenjak tahun 1985-menurut yang saya faham-dan kali ini ialah untuk ke sekian kalinya.) Kuliah Maghrib malam sebelumnya diterjemahkan oleh Ustaz Khalil bin DS TG Hj Abdul Hadi di surau yang sama. Malam ini kuliah Maghrib di Masjid Sultan Mizan, Kerteh.

bersama sheikh mahmud muhammad assiyam di rumah 002Alhamdulillah, petang ini Sheikh bersedia minum petang di rumah, sambil mendoakan untuk kebaikan anak-anak. Moga doanya untuk anak-anak dimakbulkan Allah. Dari ceritanya, beliau pernah menjadi imam Masjid al-Aqsa 1984-1988. Dihalau oleh Yahudi. Menjadi wakil HAMAS di tempat dan negara yang beliau tinggal.

Di homestay, seawal jam 3 pagi sudah bangun. Al-Quran sentiasa berkumandang-bacaan sendiri atau rakaman. Saya lihat makannya sedikit. Sarapan pagi ringkas, demikian juga minum petang. Walaupun usianya 74 tahun, suara dan semangatnya masih kuat. Surah al-Muzzammil yang dibaca pada rakaat pertama solat Subuh cukup terkesan. Sheikh Mahmud as-Siyam (594)

Komen (5)

  1. suhaimi says:

    salam

    semoga Allah merahmati kita semua, insyaAllah

  2. fatim says:

    ustaz, semuga Allah akan memelihara bumi palestin, masjidil aqsa al mubarak dan kawasan (negeri-negeri di sekitarnya)sepertimana yang di sebut oleh syeikh, juga semuga Allah memakmurkan SKJ
    dan orang-orang yang hadir dalam majlis malam dan subuh itu seperti yang didoakan oleh syeikh, dan semuga Allah memanjangkan usia syeikh dalam usaha murni memerdekakan bumi palestin dari cengkaman yahudi, dan semuga islam tegak selepas pru ke 13 ini. ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

  3. umar says:

    syeikh ni dtg dari yaman ker?

  4. Ustaz Nik Nasri says:

    San’a

  5. [...] ingat, ketika mantan Imam Masjid al-Aqsa Sheikh Mahmud asSiyam datang berceramah di Malaysia di Kemaman, beliau berkata PAS dan HAMAS adalah sama parti. Hanya tempat yang menjarakkan kami. Justeru, [...]

Hantar Komen Anda