Sambutan Tahun Baharu: ‘Musim Mengawan’ Tiba & Dewa Janus

2011Serba-salah. Jika ustaz dan ulama melarang menyambut tahun baharu dikatakan jumud, ekstrim. Bila dikatakan kalau nak sambut tak payahlah konsert haram, cukup dengan solat hajat atau baca Yaasin dikatakan Nabi tidak buat. Kalau dikatakan, sambutlah kerana ia adalah sebagai satu semangat kenegaraan, maka akhirnya apabila bayi dibuang, masalah remaja kronik, yang menerima penangan ialah ulama lalu dikatakan: ‘Apa yang ulama buat?’ Namun, seperti sudah satu budaya saban tahun, sambutan tahun baharu mesti diadakan. Kalau tak dibuat, ‘berdosa’ kepada negara agaknya. Benar, Nabi SAW memang tak pernah buat dan tak pernah menganjurkan demikian. Budaya yang kita warisi ini entah dari mana datangnya.

Apabila Tsunami merempuh Acheh 6 tahun lepas, kita insaf sekejap. Kita tiadakan sambutan awal tahun kerana meraikan derita penduduk Acheh. Boleh pulak tak sambut tahun baharu? Ertinya tahun tak buat sambutan tahun baharu itu ‘berdosa’ lah kita ya? Bila Tsunami tiada, insaf kita hilang. Ertinya nak kena Tsunami dahulu baharu insaf?

Jangan begitu. Keadaan aman tenteram, damai yang dikurniakan Allah janganlah menjadi istidraj untuk berpesta dan bersambutan tak tentu kalu (kata orang Terengganu). Yang padahnya selepas membuat kiraan ‘countdown’ 10, 9, 8, 7,… tepat jam 12 malam, sepuluh bulan lagi kita akan mengira 1, 2, 3…100 orang bayi baharu lahir dan dibuang. Apa yang untung, apa yang rugi? Selagi tidak kembali kepada fitrah dan Islam yang memandu, dengan negara diterajui pula oleh para fusaqa’, maka Tsunami akhlak tetap melanda. Akhirnya, apa alternatif untuk sambutan tahun baharu ini?

Petikan artikel berkaitan:

The World Book Encyclopedia tahun 1984, volume 14, halaman 237:

“The Roman ruler Julius Caesar established January 1 as New Year’s Day in 46 BC. The Romans dedicated this day to Janus , the god of gates, doors, and beginnings. The month of January was named after Janus, who had two faces – one looking forward and the other looking backward.”

Maksudnya: “Penguasa Romawi Julius Caesar menetapkan 1 Januari sebagai hari permulaan tahun baru semenjak abad ke 46 SM. Orang Romawi mempersembahkan hari ini (1 Januari) kepada Janus, dewa segala gerbang, pintu-pintu, dan permulaan (waktu). Bulan Januari diambil dari nama Janus sendiri, iaitu dewa yang memiliki dua wajah – sebuah wajahnya menghadap ke (masa) depan dan sebuahnya lagi menghadap ke (masa) lalu.”

janusDewa Janus sendiri adalah dewa sembahan kaum Pagan Romawi, dan pada peradaban sebelumnya di Yunani telah disembah dewa yang sama bernama dewa Chronos. Kaum Pagan, atau dalam bahasa kita disebut kaum kafir penyembah berhala, hingga kini berjaya memasukkan budaya mereka ke dalam budaya kaum lain, sehingga tanpa sedar kita mengikuti mereka. Sejarah budaya Pagan (penyembahan berhala) wujud semenjak zaman Hermaic (3600 SM) di Yunani, dan dikawal oleh sebuah persaudaraan rahsia yang disebut sebagai Freemasons. Freemasons sendiri adalah kaum yang memiliki misi untuk melenyapkan ajaran para Nabi dari dunia ini.

Bulan Januari (bulannya Janus) juga ditetapkan setelah Disember. Ini kerana Disember adalah pusat Winter Soltice, iaitu hari-hari di mana kaum pagan penyembah Matahari merayakan ritual mereka semasa musim dingin. Pertengahan Winter Soltice yang jatuh pada 25 Disember, dan inilah salah satu dari sekian banyak pengaruh Pagan pada budaya Kristian selain penggunaan lambang salib. Tanggal 1 Januari sendiri adalah seminggu setelah pertengahan Winter Soltice, yang juga termasuk dalam bahagian ritual dan perayaan Winter Soltice dalam Paganisme.

fire-paganKaum Pagan sendiri biasa merayakan tahun baru mereka (atau Hari Janus) dengan mengelilingi api unggun, menyalakan lilin dan menyanyi bersama. Kaum Pagan di beberapa tempat di Eropah juga meraikannya dengan memukul loceng atau meniup trompet.

Umat Islam yang faham dan insaf masih mahu merayakannya?

Komen (1)

  1. umar says:

    mohon share artikel ni ust

Hantar Komen Anda