Memori Tsunami: Bukan Sekadar Rempuhan Air

masjid arrahmah ketika tsunami6 tahun sudah berlalu. Memori Tsunami tetap dalam ingatan. Bagi orang mukmin, ia menjadi iktibar dalam kehidupan. Dengan air, Nabi Nuh diselamatkan dalam bahtera. Dengan air, Firaun yang mengaku Tuhan dan simbol pemerintah zalim itu dibinasakan. (Firaun boleh hilang kuasa, takkan BN tak boleh?) Dengan air, manusia berdemonstrasi menuntut tidak dinaikkan tarif air. Dengan air juga Allah membuat perumpamaan hakikat hidup yang sementara dan mengingatkan manusia tentang Akhirat yang kekal. Justru, upaya dan sisa hidup mestilah digunakan bagi menunaikan tanggungjawab khilafah, amanah dan ibadah kepada Allah. khutbah Jumaat 24 Dis 2010: Iktibar Tsunami (754)

“Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang, bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). Yunus:23

Kesemuanya hilang tanpa disangka, msunah tanpa diduga, binasa tanpa dijangka dan tak sempat dirasa.

Justru, Allah mengingatkan tentang erti hidup dan hakikat dunia kepada kita agar kita menjadikan dunia sebagai tempat bercucuk tanam dan berbekal, menunaikan tanggungjawab khilafah bagi menegakkan agama Allah di dunia ini. Janji Allah ialah Ia akan memberikan ganjaran kepada kita:

“Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia (iaitu melihat Allah di Akhirat) dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.” Yunus: 25

Untuk mencapai ganjaran ini, Allah mengajak kita kepada DarusSalam-samada syurga, Islam.

Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda: ‘Bandingan aku dan kamu seperti seorang ketua. Ia membina rumah, meletakkan hidangan, mengutuskan pesuruh. Sesiapa yang menerima jemputan, ia masuk rumah, makan dari hidangan itu dan menyebabkan tuanrumah redha. Sesiapa yang tidak memperkenankan jemputan, ia tidak masuk dalam rumah, tidak makan hidangan, dan menyebabkan tuanrumah tidak redha. Allah itulah tuan, rumah itu ialah Islam, hidangan itu ialah syurga dan penyeru itu ialah Muhammad SAW.’

“(Itulah dia kesudahan kehidupan dunia) dan sebaliknya Allah menyeru manusia ke tempat kediaman yang selamat sentosa dan Dia sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) ke jalan yang betul lurus (yang selamat itu).” Yunus: 24

6 Tahun Selepas Tsunami



Hari Dilanggar Tsunami

Hari Ini Selepas Tsunami

Bila Tsunami Melanda

Pembangunan Semula

Tsunami Yang Mengganas

Selepas Lima Tahun

Mayat Berselerak Di Pukul Tsunami

Mayat-Mayat Itu Tiada Lagi



Jelas ada Perbezaan


Bezakan Masa Tsunami dan Selepasnya


Hantar Komen Anda