Orang Kampung Tahu Tak Cara PM & Isteri Belanja?

konvensyen pakatan rakyat ke 2Apabila Pakatan Rakyat menawarkan tawaran menarik kepada rakyat jika diberi kuasa memerintah, dikatakan belanja itu akan memufliskan negara. PM kata tak realistik. Apa yang tak muflis dan yang realistik? Apabila dilihat pula angka-angka perbelanjaan (baca: PEMBOROSAN) dalam atau luarnegeri PM dan isteri (atas portfolio apa?), ia menggambarkan kerakusan nafsu yang sangat gelojoh tanpa taqwa. Menggunakan kuasa eksekutif tertinggi bagi menghabiskan sebanyak mungkin wang negara dan rakyat. Lawatan perlu. sidang perlu, projek pembangunan perlu tetapi dengan jumlah yang dihabiskan agak tak masuk akal. Kebobrokan yang selepas satu didedahkan, lain pula yang datang namun adakah fakta angka-angka ini diketahui oleh rakyat terutamanya orang kampung dan anak muda? Kempen kesedaran bermaklumat inilah yang barangkali perlu difikir agar maklumat angka dan fakta ini sampai kepada sasaran dan bila rakyat bangkit, BN akan sakit. Bila rakyat berubah, BN akan rebah.

artikel berkaitan:


Fakta belanja Perdana Menteri Malaysia:

Dalam masa 274 hari Datuk Seri Najib dan isterinya Rosmah Mansor telah membelanjakan sebanyak RM8,724,894.91 wang rakyat. Maksudnya sehari sebanyak RM31,840.50 telah dibelanjakan !!! Wang sebanyak itu telah digunakan oleh Najib dan isterinya untuk perbelanjaan mereka ke luar negara!

Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran April 2009, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan hampir RM9 juta untuk perjalanan ke luar negara.

Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan tersebut di Dewan Negara pagi ini. Senarai tersebut yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan Najib pergi ke luar negara atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.

Perjalanan paling mahal merupakan lawatan ke Jepun, Amerika Syarikat dan Vietnam. Kos perjalanan tersebut bernilai RM2,094,635.39 dan berlaku di antara 5 dan 22 April tahun ini.

Lawatan luar negera pertama Najib ialah ke Thailand pada 10 April 2009 – seminggu selepas beliau mengambilalih pentadbiran daripada mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang memakan belanja sebanyak RM78,507.55.
Perjalanan lain termasuk ke Perancis selama sembilan hari dari 1 hingga 9 Oktober 2009 melibatkan perbelanjaan RM630,467. Kos perjalanan termahal ke sebuah negara berlaku di antara 20 September dan 8 Oktober tahun ini di mana Perdana Menteri membelanjakan RM1,043,923 di Amerika Syarikat.
Najib membelanjakan jumlah berbeza dalam dua perjalanan berasingan ke Thailand. Dalam perjalanan pertama, Najib membelanjakan RM3,346.08 dan dua minggu kemudian, di antara 6 dan 10 Disember, beliau membelanjakan RM84,573.04.
Najib menghabiskan 274 hari dari sejumlah 588 hari di luar negara sejak menjadi perdana menteri (sehingga 19 November 2010).
Najib turut membawa isterinya Rosmah Mansor dalam kebanyakan perjalanan ini.
Sidang Wanita Pertama yang diilhamkan Rosmah yang hanya disertai oleh 16 orang (termasuk Rosmah Mansor) isteri-isteri ketua negara-negara Afrika  yang berlangsung Oktober lalu mengakibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.498 juta.
Fakta di atas telah didedahkan oleh Senator PKR Dr Syed Husin Ali di Dewan Negara.
Syed Husin telah meminta akaun terperinci jumlah perbelanjaan sidang itu.  Beliau memperoleh jawapan bertulis dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.
Bagaimanapun beliau berkata jawapan balas yang diberi tidak memadai kerana ia hanya menunjukkan jumlah keseluruhan dan bukannya perbelanjaan secara terperinci.
Dr Syed Husin Ali turut mengkritik Rosmah kerana mengambil peranan Wanita Pertama kerana kedudukan tersebut dikhaskan untuk Raja Permaisuri Agong.
“Apa asas untuk memberi RM4.5 juta kepada isteri Najib untuk mengadakan persidangan ini? Apa pula peranan Raja Permaisuri Agong?” tanya beliau.
artikel lain (dari malaysiakini):

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan kenyataan Menteri Pelajaran baru-baru ini yang didakwanya telah memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara.

Ianya berhubung hasrat Pakatan Rakyat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab dalam sistem pendidikan.

pkr congress 281110 anwar ibrahim“Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan, akan
menyebabkan Malaysia muflis,” kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Sebaliknya, Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, Pakatan telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaannya.

“Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

“Usaha menaiktaraf mutu pendidikan negara bermula dengan reformasi pendidikan dari pihak atas (penggubalan dasar, pembangunan keguruan) sehinggalah ke tahap pengajaran di bilik darjah (keberkesanan pembelajaran dan pengajaran),” katanya lagi.

Menurut Anwar, imbuhan khas pendidik itu akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

“Jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah Umno/BN.

“Kos perbelanjaan semua lawatan perdana menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 guru.

“Bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan,” katanya.

Selain itu, tambahnya, pembaziran Umno/BN sebanyak RM131 juta bagi menampung perbelanjaan perunding dan kos operasi PEMANDU bagi tahun 2010, boleh membayar imbuhan bagi 21,833 lagi guru, iaitu hampir keseluruhan tenaga kerja kementerian.

“Ini belum lagi pembaziran mega seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun.

“Justeru, persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul. Perkara yang sebenar adalah keikhlasan Umno/BN untuk mengangkat martabat pendidikan di negara ini,” katanya.

Hakikatnya, tegas Anwar lagi, bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan Umno/BN.

Menurutnya, isu kualiti pendidikan ditimbulkan sejak sedekad lalu, tetapi sehingga kini tidak ada satu langkah konkrit untuk mengiktiraf sumbangan guru di samping memastikan kerjaya perguruan menarik minat calon berkualiti tinggi.

“Langkah Pakatan Rakyat memperkenalkan imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan,” tegas Anwar.

Semalam, tambahnya, akhbar melaporkan persetujuan perdana menteri untuk menubuhkan badan perundingan khas untuk menyelesaikan isu-isu perkhidmatan perguruan.

“Perkara ini telah disyorkan CUEPACS sejak tahun 2002 lagi – tetapi hanya selepas Pakatan membuat cadangan yang konkrit untuk menaikkan martabat perguruan, Umno/BN memberikan reaksi cemas.

“Baru sekarang, Perdana Menteri mahu mendengar keluh kesah guru-guru yang bergelumang dengan pelbagai masalah setiap hari. Ini bukanlah caranya kita merancang kebajikan pendidikan negara.

“Tanggungjawab menjaga kebajikan guru-guru bukanlah satu reaksi yang hanya ada tindakan apabila Pakatan bersuara.

“Pakatan percaya tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab.

“Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia,” tegas Anwar.

Hantar Komen Anda