Kembara Ilmu 22: Sheikh Nuh: Biografi, Khutbah/Kuliah Dan Sikap

nuhTopik ini sepatutnya ditulis dalam siri kembara ilmu ketika berbicara tentang Sheikh Nuh. Tetapi tiada siapa yang menyangka bahawa ajalnya telah tiba. Justru, catatan ini dibuat bagi berkongsi info tentang biografi beliau, beberapa petikan khutbah dan kuliah serta beberapa sikap melalui temuramah dengan anaknya Dr Muhammad.

Tarikh lahir: 1939

Tempat lahir: ‘Ain Jannna, Muhafazah ‘Ajlun, Jordan.

Bapanya: Syeikh ‘Ali al-Qudha adalah faqih mazhab Syafie.

.

Pengajian:

Bersekolah rendah di Jordan, kemudian musafir ke Damsyiq pada tahun 1954. Belajar di Maahad Ulum Syar’iyyah selama 7 tahun.
.
1961-65- Kuliah Syariah, Univ Damsyik. Antara rakannya pada masa itu ialah al-Muhaddith Syeikh Muhammad ‘Awwamah.
.
1972- Beliau dilantik sebagai mufti Tentera Jordan.

.
1977- Beliau ke Kaherah, Mesir menyambung peringkat Master di Univ al-Azhar dalam bidang Fiqh Perbandingan. Menimba ilmu dari ulama-ulamanya seperti Syeikh Dr ‘Abd al-Ghani ‘Abd al-Khaliq (Usul Fiqh), Syeikh Hasan al-Syazili (Fiqh Perbandingan) dan juga mendengar kuliah Syeikhul Azhar pada masa itu Syeikh ‘Abd al-Halim Mahmud.
.
1980-Beliau berjaya memperolehi ijazah masternya dari Universiti al-Azhar di bawah seliaan Syeikh Muhammad al-Anbabi dengan tajuk ‘Qadha Ibadah wanNiabah anha (Qadha Ibadat Dan Gantian Padanya).
.
1986- Beliau memperolehi ijazah kedoktoran dari Universiti Islam Muhammad bin Soud, Riyadh dengan tajuk ‘Ibra azZimah min Huquq al-Ibad’ (Melepaskan Tanggungjawab Dari Haq Manusia) di bawah seliaan Sheikh Soleh al-Aliy an-Nasir rahimahullah, kemudian Sheikh Dr Soleh al-Atram
.
Sepanjang tugasnya sebagai mufti, beliau telah mengeluarkan ribuan fatwa berkaitan agama dan urusan manusia.
.
1992-Dilantik menjadi Qadhi al-Qudha selepas menjawat pangkat yang tinggi dalam Angkatan Tentera Jordan. Setahun sahaja berkhidmat, melepaskan jawatan dan kemudiannya sibuk mengajar di masjidnya dan pensyarah sambilan di Universiti Yarmouk, Irbid dan Univ Jerash.
.
1996-2001-Beliau menjadi duta Jordan ke Iran.
.
2004-2007- Bertugas dalam bidang pemfatwaan di UAE dan juga sebagai penasihat Menteri Keadilan, Waqf dan Hal Ehwal Islam. Pada tahun 2007 itu juga beliau dilantik menjadi mufti am Jordan sehingga bersara pada bulan Februari 2010.
.
Antara karya beliau:
.
-Qadha Ibadah (Master)
-Ibra az-Zimmah Min Huquq al-Ibad (Phd)
-Muhadharah fi ath-Thaqafah al-Islamiyyah  (Kuliah Peradaban Islam-untuk Angkatan Tentera Jordan)
-al-Mukhtasar al-Mufid fi Syarh Jauharah at-Tauhid-hasil pengajaran kitab Jauharah at-Tauhid kepada pelajar Malaysia dan salinan kembali dari rakaman kaset yang saya buat.
-Syarh al-Minhaj fi Fiqh as-Shafie (Bahagaian Ibadah)
-Kaifa Tukhatib an-Nas (Bagaimana Anda Berkomunikasi)
-Lam Taghib Shamsuna Ba’d (Matahari Kita (Org Islam) Masih Belum Tenggelam)
-Sifat al-Mujahidin (Silibus Untuk Angkatan Tentera Jordan)
-Mawlid al-Hadi SAW
(disunting dari website Sheikh Nuh)
.
.
Beberapa kisah dan sikap Sheikh Nuh melalui temuramah dengan anaknya Dr Muhammad:

hp_y2it-yb4
2


3j5t6abtd4Y
1


Komen (4)

  1. [...] guru saya, almarhum Dr Sheikh Nuh Ali Salman al-Qudha, Mufti Jordan bercuti di rumahnya di Eidon, Irbid selepas 2 tahun menjadi duta Jordan ke Iran, saya [...]

  2. lysa says:

    Assalamualaikum ustaz, boleh saya tahu, bagaimna saya boleh dapatkan terjemahan dan buku al-mukhtasar al-mufid tuh yewh? ASAP. Terima kasih.

  3. Ustaz Nik Nasri says:

    waalaikumussalam, saya sedang uruskan penerbitan buku itu dgn sebuah syrkt penerbitan. In sya Allah apabila sampai waktunya, saya akan umumkan. Tlg emailkan saya sedikit mengenai anda.

  4. lysa says:

    Saya sudah emailkan kpd ustaz.

Hantar Komen Anda