Ini Parlimen, Bukan Kandang

lembu tandukAlkisah, bermula suatu sembang

Bukan cerita Pekan atau Gambang

Bukan juga cerita wayang

Tapi Parlimen tempat gubal undang-undang

Apabila kuasa terhakis mula dibimbang

Pilihanraya ke 13 akan datang

Barangkali banyak kerusi akan melayang

Banyak negeri jatuh kepada pembangkang

Secebis kuasa yang masih dipegang

Di Parlimen akta dibentang

Mungkin pecah sempadan sedang dibincang

Tak mustahil ini dirancang

Justru, kerusi Parlimen mesti dikurang

Majoriti BN pastikan menang

2/3 undi sokong dan cadang

Jumlah dikurang kerusi pembangkang

Lalu berlaku taktik songsang

Belajar dari kuasa di kandang

Yang menanduk dan yang menendang

Kuasa digunakan lintang pukang

Dihumban ke luar kandang

Yang tinggal di dalam hanya jembalang

Parlimen yang dianggap mulia

Mengangkat sumpah menjadi pemula

Tapi Speaker Pandikar yang mulia

Menjadikan Parliman tempat tercela

Tan Sri Zahir kenapa tak ditiru?

Kendali sidang tenang tanpa celaru

Mungkin juga kerana dipenuhi yang biru

Justru parlimen tempat rubber stamp..haru

Pembangkang hanya tuntut keadilan

Biar diberi hak pembelaan

Menteri tunjuk Speaker layan

Nampak bias pada Pakatan

Mungkinkah Speaker akan dibawa

Cabar di mahkamah biarlah berwibawa

DUN Perak keputusan tersedia

Demokrasi Malaysia jadi bahan ketawa

Hantar Komen Anda