Tanpa Mengelat Dan Rasuah, Bolehkah BN Menang Pilihanraya?

beratur RM100Apabila pasukan bolasepak Kelantan mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 dalam pusingan akhir Piala Malaysia beberapa hari sebelum PRK Galas (saya tak tengok), mereka boleh bersorak dan berbangga kerana mereka bermain bersungguh-sungguh, tidak menipu dan mengelat (Kamus Dewan ms331: elat-melakukan sesuatu dengan tujuan untuk menipu dlm permainan dll). Kalau mereka menipu dan merasuah pasukan bolasepak Negeri Sembilan, lalu mereka menang, dan berbangga bahawa pasukan mereka kuat, itu adalah menipu diri sendiri dan bodoh sombong namanya. Pasukan bolasepak Kelantan buktikan bahawa pasukan mereka layak merangkul juara Piala Malaysia.

Dalam keputusan PRK Galas, Mahyudin dengan  nada bodoh sombong, termasuk akhbar mendabik dada bahawa 1Malaysia diterima rakyat, kepimpjnan Najib diterima dan lain-lain kenyataan yang tidak berfakta sebenarnya. Ia hanya dakwaan kosong. Apa yang berlaku, sogokan, rasuah, pemberian duit dan hadiah serta kongkongan dan tekanan dilaporkan berlaku.

Apabila Tok Guru MB Kelantan beri zakat kepoada orang Asal masuk Islam, Timbalan Pengerusi SPR segera beri kenyataan bahawa ia sogokan. Bila Najib umum, Mahyudin umum, Menteri umum sesuatu projek segera di kawasan pilihanraya, ia bukan sogokan. Beratur panjang di kaunter BN untuk terima wang selepas mengundi bukan sogokan. Agensi kerajaan termasuk JHEOA dan lain-lain sewenang-wenangnya diperalatkan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN. Apabila rakyat dapat diperbodoh dan dan ditundukkan dengan kuasa ugutan dan wang, mereka menang, lalu berkokoklah pemimpin BN bahawa rakyat terima mereka, 1Malaysia diterima dan lain-lain.

Saya setuju bahawa PAS perlu muhasabah dan membuat post-mortem terhadap kekalahan dalam pilihanraya, melihat dan mengkaji di mana kelemahan yang perlu diperbaiki. Namun saya, dan mungkin juga yang lain tidak boleh terima kekalahan dengan cara mengelat dan rasuah.

Pilihanraya umum ke 13 sudah diwar-warkan bahawa pakatan rakyat insyaAllah akan menguasai Putrajaya. Najib juga sudah war-warkan akan mempertahankan Putrajaya dari jatuh ke tangan PR. Demi kuasa yang mesti dipertahan, BN akan mengelat dan merasuah dengan lebih hebat kepada rakyat. ‘Al-harbu khid’ah’ Perang itu penuh tipudaya. Bagaimana pula perancangan dan strategi PR menghadapi dan mengatasi tipudaya BN dalam PRU 13 nanti?

berita berkaitan (malaysiakini):

Ratusan beratur di panas terik untuk dapat RM100
Joseph Sipalan
Nov 3, 10

Ratusan orang hari ini beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.

Kebanyakan yang beratur ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.

Mereka mendakwa ‘ada orang’ yang memberitahu bahawa MCA akan mengagihkan RM100 kepada setiap pengundi jika mereka datang mendaftar dan menunjukkan Mykad mereka.

NONEBarisan itu sejak pagi tadi dikatakan hampir tidak bergerak namun ia tidak mematahkan semangat orang ramai yang terpaksa beratur di bawah panas terik sementara menunggu giliran mereka.

Antara mereka yang beratur itu mendakwa ada beberapa kes di mana golongan tua pengsan kerana panas terik.

“Kalau nak beri duit, buatlah secara teratur. Macam mana orang tua nak berdiri dan beratur sebegitu lama?” soalnya.

Bagaimanapun menjelang jam 3 petang, pengumuman dibuat bahawa tidak ada wang akan diagihkan.

Keputusan itu dipercayai ada kaitan dengan lawatan ADUN Sri Tanjung, Jimmy Wong ke pejabat MCA itu.

Beliau turun beberapa minit kemudian dalam memberitahu dalam bahasa Haka dan kantonis bahawa tiada wang yang diberikan dan mengarahkan orang ramai supaya pulang.

NONEBeberapa pekerja parti MCA juga kemudian turun dan memaklumkan kepada orang ramai bahawa tiada bayaran akan dibuat.

Usaha ke pejabat MCA juga tidak berhasil kerana tidak ada sesiapa yang dibenarkan ke atas.

Ramai yang kemudiannya meninggalkan pejabat itu dengan keadaan marah.

“Sepatutnya hantar seorang perwakilan turun dan bagi tahu kami sama ada mereka nak bagi duit atau tidak. Ini biarkan kami tunggu begitu lama tanpa tahu apa yang sebenarnya berlaku,” marah seorang penjual daging.

Komen (1)

  1. nazeha says:

    Ini menunjukkan segelintir masyarakat kita yang jauh dari hidayah Allah. Ada mata tapi tak melihat, ada telinga tak mahu mendengar. Ada otak tapi tak berfikir. Ahli politik pula akan gunakan kebodohan masyarakat ini untuk kepentingan politik kotor mereka. Matlamat menghalalkan cara. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Yang penting pejuang-pejuang Islam jangan sesekali mengikut rentak mereka. Kebenaran itu pasti menang juga akhirnya….Insya Allah.

Hantar Komen Anda