Jawab Pantun Mahfuz PRK Galas Dan Batu Sapi

analisa PRK GalasSaya terbaca serangkap pantun yang dihantar oleh YB Mahfuz Omar dalam twitter diharakahdaily. Pantun itu barangkali spontan sebagai mengulas keputusan PRK Galas dan Batu Sapi yang memperlihatkan BN tidak kalah di Batu Sapi dan PAS yang belum menang semula di Galas. Saya panjangkan pantun itu untuk dikongsi.

Udang galah dibuat kari,

dicicah ketupat daun palas,

BN tak kalah di Batu Sapi,

PAS tak menang di Dun Galas

..

Dicicah ketupat daun palas

Makan sekali bersama lemang

PAS tak menang di DUN Galas

Tapi menang dalam berjuang

..

Lemang dimakan banyak sekali

Hingga tersandar di kerusi malas

Mahyudin berada di Batu Sapi

Kenapa tak sambut menang di Galas?

..

Kerusi malas pakai di hari raya

Dapat hadiah cabutan bertuah

Bolehkan BN menang pilihanraya

Kalau tidak dengan rasuah?

..

Cabutan bertuah ada lima

Empat lagi untuk rakan

Kalau benar rakyat terima

tarikh pilihanraya umum isytiharkan

Komen (2)

  1. suhaimi says:

    kita menang walaupun di pandangan mata kita kalah
    selamat berjuang!!!

  2. yusof says:

    BN menang pun habis satu batalion umno turun,dalam tv,akhbar penuh promosi….biasanya kalau tak tipu susah nak menang,tapi tak tau pula yang kali ni kot tipu juga….
    Islam tetap menang walau di mana pun,jangan bimbang saudara -saudaraku…

Hantar Komen Anda